9 Tips Berhenti Merokok

merokok

Gambar Ayat Al-Quran Al-Baqarah 195 Hukum Merokok

Merokok seperti diketahui umum, sangat membahayakan kesihatan. Jika anda seorang perokok tegar, lebih baik anda mencuba untuk berhenti merokok dari tabiat buruk anda tersebut.

Para ulama membagi hukum merokok menjadi 3 hukum :

1. Harus
Pendapat ini berdasarkan dalil Al Quran surat Al Baqarah ayat 29 yang mengatakan bahawa segala sesuatu yang diciptakan Allah SWT di atas bumi ini, halal untuk manusia termasuk tembakau yang digunakan sebagai bahan asas membuat
 rokok.

2. Makruh
Mengapa sesetengah ulama bersependapat mengatakan merokok makruh ? Kerana orang yang merokok mengeluarkan bau tidak sedap. Hukum ini diqiyaskan dengan memakan bawang putih mentah yang mengeluarkan bau yang tidak sedap. Sebahagian para ulama, mempertahankan makruhnya merokok dan tidak mengharamkan merokok, kecuali bagi mereka yang mempunyai penyakit yang akan bertambah parah jika merokok, maka haram hukumnya merokok bagi dia.

3. Haram
Dalam kitab Hasyiyah Qalyubi ala Syarh al-Mahalli (jilid I, Hal. 69), beliau mengatakan: “Ganja dan segala ubat bius yang menghilangkan akal, zatnya suci sekalipun haram untuk digunakan oleh manusia, oleh kerana itu, para ulama berpendapat bahawa rokok hukumnya juga haram, kerana rokok dapat mendedahkan manusia kepada berbagai penyakit berbahaya”. Ulama lain yang memberikan fatwa haram adalah Ibnu Allan (ulama Madzhab Syafi’i, wafat: 1057H), as-Sanhury (Mufti Mazhab Maliki di Mesir, wafat 1015 H), al-Buhuty (Ulama Mazhab Hanbali, wafat: 1051 H), as-Surunbulaly (Ulama Madzhab Hanafi, wafat: 1069 H). Merokok juga pernah dilarang oleh pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniah pada abad ke-12 Hijriah dan orang yang merokok dikenakan hukuman yang berat, serta rokok yang dimiliki akan disita oleh pemerintah, lalu dimusnahkan.

Berikut adalah 9 tips terbaik untuk berhenti merokok dengan cepat.

1. Sibukkan Diri

sibukkan diri

sibukkan diri

Mulakan hari pertama untuk berhenti merokok dengan cara menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Elakkan diri anda berada dalam keadaan kesunyian kerana ia akan mendorong untuk merokok. Lakukan aktiviti seperti bersukan, berenang, berkebun, bercucuk tanam, mengemas rumah ataupun apa-apa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk melupakan rokok. Apabila anda sibuk, semestinya anda akan lupa untuk merokok.

 

 

2. Elakkan Kebiasaan Keinginan Merokok

12

Elakkan beberapa kebiasaan yang boleh membuat anda ingin merokok seperti minum kopi, alkohol, ataupun naik marah. Namun jika anda tidak mampu untuk menghindari itu semua, anda boleh cuba memakan buah-buahan dan juga susu.

 

3. Sibukkan Diri Selepas Makan

gosok-gigi

Kebanyakan perokok akan rasa ketagih untuk merokok selepas makan. Untuk elakkan masalah ketagihan rokok selepas makan, cuba menyibukkan diri seperti menggosok gigi atau berjalan-jalan. Walaupun agak berat untuk dielakkan, lama-kelamaan anda pasti dapat melakukannya

4. Kuatkan Niat Tingkatkan Azam

azam

Bagi seseorang yang sudah ketagih rokok, berhenti merokok memang akan terasa sangat sukar. Meskipun hanya 15 minit, pasti akan terasa sangat sukar. Tapi bukan bererti anda tidak dapat berhenti merokok, tidak ada yang tak mungkin di dunia ini. Langkah pertama yang harus anda lakukan jika berazam untuk berhenti merokok adalah dengan menguatkan niat dan tekad anda untuk berhenti merokok.

5. Banyakkan Minum Air Masak

banyakkan-minum-air-masak

Amalan meminum air masak dengan banyak dapat membantu membuang racun dan toksin rokok dari badan anda dengan cepat. Selain itu juga, air masak sememangnya sangat penting untuk tubuh manusia, di mana kita harus meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari

6. Hindari Diri Dari Asap Rokok

asap rokok

Elakkan diri berada di tempat orang merokok kerana bau asap rokok juga akan menyebabkan anda rasa ingin merokok. Bagitahu kawan dan ahli keluarga yang merokok supaya tidak merokok di depan anda

7. Alternatif Nikotin

IDShot_540x540

Sekarang ini di farmasi atau klinik, anda boleh dapatkan ubat tablet yang mengandungi nikotin seperti Niquitin untuk membantu menghilangkan ketagihan tanpa perlu menghisap rokok. Selain tablet, terdapat juga jenis tampal iaitu Nicotine Patch di mana patch tersebut yang mengandungi nikotin perlu ditampal di lengan, dan kemudian tubuh kita akan menyerap nikotin tersebut melalui kulit. Lama-kelamaan, ketagihan untuk merokok dapat dihilangkan

8. Banyakkan Tidur dan Berehat

Kebaikan Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi

Setelah seharian berusaha menahan ketagihan, tubuh anda pasti akan terasa letih. Jadi, alangkah baiknya jika menambah waktu berehat anda. Selain itu, dengan cara tidur, anda tidak akan berfikir lagi merokok.

9. Minta Dorongan Kawan Dan Keluarga

kawan

Beritahu keinginan anda untuk berhenti merokok kepada keluarga dan kawan anda. Dapatkan dorongan dari keluarga dan kawan baik untuk berhenti, minta mereka untuk selalu mengingatkan bahaya kesan kepada kesihatan tiap kali keinginan anda untuk merokok datang . Dan minta para keluarga dan kawan yang perokok untuk tidak hisap di depan anda atau meninggalkan rokok di depan anda. Ini boleh menjadi salah satu permulaan yang baik.

Anda sudah membaca tips bagaimana untuk berhenti merokok di atas, anda sudah punya keinginan untuk berhenti merokok.

Jadi, mulakan sekarang juga niat anda itu

Yakinlah bahwa berhenti merokok adalah keputusan yang tepat dan akan lebih bermanfaat bagi anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/