9 Tips Hapuskan Serangga Perosak

Serangga Perosak
Serangga Perosak

Serangga Perosak

Masalah serangga perosak seringkali menjadi masalah utama setiap kali anda berpindah ke rumah baru. Serangga perosak seperti semut, lalat, lipas dan nyamuk antara serangga perosak yang kerap menghantui anda sekeluarga. Dan jalan penyelesaian kepada masalah serangga perosak ini pastilah anda dengan mudah mendapatkan semburan racun serangga di kedai-kedai runcit berhampiran seperti jenama Fumakilla, Shieldtox dan juga Ridsect.

Namun semua semburan racun serangga perosak ini mempunyai bahan kimia yang sangat tinggi dan adalah sangat tidak sesuai disemburkan di dalam rumah lebih-lebih lagi anda mempunyai anak kecil dan bayi di dalam rumah. Sedangkan orang dewasa pun tidak tahan dengan bau yang sangat kuat dari semburan racun serangga apatah lagi kanak-kanak. Oleh itu anda boleh mencari alternatif lain dengan cara semulajadi untuk menghalau dan menghapuskan serangga perosak yang sering menjadikan kediaman anda sebagai sarang mereka.

Tahukah anda sebenarnya kita boleh mengusir beberapa haiwan perosak kediaman dan tanaman dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuhan herba? Di bawah berikut disediakan jenis serangga perosak dan pokok-pokok yang boleh digunakan.

Mari bersama admin kita lihat 9 tips hapuskan serangga perosak secara semulajadi yang boleh anda pratikkannya di kediaman anda.

1. Lintah Bulan

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Cedarwood
– Hyssop
– Pine

2. Kupu-Kupu

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Cedarwood
– Eucalyptus
– Hyssop
-Peppermint

3. Nyamuk

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Citronella
– Lavender
– serai

4. Agas

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Spearmint
– Patchouli
– Eucalyptus

5. Semut

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Pepermint
– Spearmint
– Black pepper

6. Aphids

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Peppermint
– Thyme
– Oregano

7. Ulat

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Peppermint
– Spearmint

8. Hama

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– peppermint
– Serai
– Lavender

9. Lalat

Dengan campuran tumbuhan semulajadi :
– Peppermint
– Pokok tea tree
– Daun sage
– Pokok Rosemary

Kesemua bahan tersebut dicampurkan dengan sedikit air dan dihancurkan di dalam mesin pengisar sehingga mendapat patinya. Tapis bahan-bahan itu kemudian simpan di dalam bekas penyembur. Jika anda menggunakan pada tumbuhan, sembur pada bahagian bawah daun. Manakala untuk kediaman, semburkan campuran itu tadi pada ruang yang selalu didatangi serangga perosak terbabit. Selamat mencuba!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/