9 Tips Kecilkan Pori Wajah

Liang Pori Pada Wajah

Liang Pori Pada Wajah

Liang Pori Pada Wajah

Pori adalah liang atau lubang halus pada wajah. Seharusnya ia tidak boleh kelihatan pada wajah kerana ia kecil. Namun, ramai orang yang mempunyai pori wajah yang kelihatan besar dan ketara. Pastinya ia membuatkan ramai yang mengalami masalah ini tidak gembira dengannya.

Antara punca utama yang menyebabkan liang pori berlubang besar disebabkan oleh parut jerawat. Malangnya, anda haruslah berjumpa dengan pakar dermatologist untuk mengurangkan saiz pori dan sudah semestinya memakan kos yang tinggi.

Tetapi anda sebenarnya boleh membuatkan pori wajah kurang ketara dan hampir tiada langsung dengan 9 tips yang ingin admin kongsikan dibawah ini.

1. Rawatan Laser

Laser boleh mengurangkan saiz liang pori. Rawatan bersiri laser membantu dalam pembentukan kolagen dan menjadikan kulit wajah gebu serta mengecilkan pori.

2. Masker Wajah

Penggunaan masker wajah yang mengandungi clay atau arang memberi impak luar biasa dalam menyerap lebihan minyak dari pori wajah. Ia sekali gus mengecilkan pori pada kulit anda.

3. Gunakan Krim Sun Block.

Pastinya anda sudah muak mendengar nasihat pakar agar menggunakan krim tabir suria setiap hari sebelum keluar dari rumah. SPF adalah satu keperluan asas untuk kulit setiap hari dalam rutin harian. Cara terbaik untuk elak pori membesar, adalah dengan melindungi diri dari terdedah pada selaran cahaya matahari.

4. Guna Pelembap Muka.

Banyak perkara buruk boleh terjadi jika anda berhenti menggunakan pelembap wajah dan pastinya masalah pori membesar itu akan ada. Gunakannya setiap hari sebanyak dua kali.

5. Pastikan Kulit Wajah Sentiasa Bersih.

Pabila kotoran menyekat rongga atau pori wajah, ia akan membesarkan lagi liang tersebut. Jadi, ia penting untuk anda sentiasa mencuci wajah dengan pencuci yang lembut sebelum tidur untuk membuang segala kotoran, habuk dan minyak. Pastikan juga anda menggunakan berus solekan yang bersih serta elak dari menyentuh wajah dengan jari yang tidak dibersihkan terlebih dahulu.

6. Sentiasa Berlembut Pada Kulit.

Mencuci, mengupas atau memicit kulit wajah dengan kasar boleh menyebabkan kedutan serta membuatkan masalah jerawat lebih teruk. Lakukannya dengan lembut dan perlahan-lahan, jadi ia tidak akan menyebabkan pori wajah membesar.

7. Lakukan Rawatan Wajah Setiap Bulan.

Pakar menasihatkan untuk melakukan rawatan wajah setiap bulan atau 6 minggu sekali kerana ia boleh membantu dalam membersihkan pori wajah dan sekaligus menjadikan kulit sihat sentiasa. Jika ia agak rumit bagi anda, melakukannya dalam masa dua kali setahun pun sudah memadai.

8. Lakukan Pengelupasan Kulit.

Pengelupasan kulit wajah adalah penting untuk membuang sel kulit mati bagi menjamin wajah anda kelihatan segar dan sihat sentiasa.

9. Pastikan Kulit Wajah Kekal Lembap.

Anda boleh kekal hidrat dengan minum air sebanyak yang mungkin setiap hari. Anda juga boleh menggunakan serum hidrat sebelum pelembap. Ia membantu mengecilkan pori wajah dengan memberikan lagi kulit gebu. Cuma pastikan yang anda amalkan pengelupasan dengan kerap agar serum hidrat itu berkesan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/