9 Tips Malam Pengantin Baru

Malam Pengantin Baru
Malam Pengantin Baru

Malam Pengantin Baru

Malam pengantin baru atau lebih dikenali sebagai malam pertama oleh pasangan pengantin baru adalah satu malam yang istimewa bagi para pengantin yang baru bernikah. Debaran pasti dirasai oleh pengantin perempuan yang masih dara kerana pada malam pengantin baru ini segala-galanya akan terlerai dengan peranan pengantin lelaki yang tidak sabar untuk memecahkan dara.

Biasanya malam pengantin baru sukar untuk pasangan pengantin untuk berasmara melakukan hubungan seks kerana masing-masing kepenatan melayan tetamu yang hadir ke majlis bersanding pada belah siangnya. Manakala aktiviti di malam hari diteruskan lagi dengan tradisi membasuh dan menyental periuk. Jadi tiada masa untuk pasangan pengantin menikmati malam pengantin baru dengan aman. Hehehe

Baiklah, walaubagaimana pun malam pengantin baru tetap akan dinikmati sepuas-puasnya pada keesokan harinya atau ketika pergi berbulan madu. Admin ingin kongsikan 9 tips malam pengantin baru bagi pasangan pengantin untuk menjadikannya sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

1. Pelajari Soal Seks

Semestinya anda tidak mahu dilihat seperti terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana ingin melayani pasangan anda. Buku adalah salah satu rujukan yang bagus untuk anda pelajari tentang seks. Maklumat di internet juga banyak yang boleh membantu untuk anda melayari malam pengantin baru.

2. Rawatan Pra-Pengantin

Sebulan sebelum hari pernikahan pengantin perempuan selalunya disarankan untuk melakukan rawatan pra pengantin kerana ia digalakkan kepada pengantin perempuan kerana rawatan ini bukan sahaja mengubat dari segi jasmani, malah juga untuk rohani.

3. Kamar Romantik Dan Selesa

Kamar yang cantik dan romantik juga adalah faktor penting yang mendorong keseronokan sewaktu melakukan hubungan seks.  Sebolehnya pasangan pengantin menikmati malam pengantin baru di hotel kerana suasana di kamar hotel biasanya sangat istimewa dan romantik.

4. Pencahayaan Lampu Malap

Pencahayaan lampu yang malap di ruang kamar kerana pencahayaan lampu yang malap dan berlampu kekuningan boleh menimbulkan emosi kasih sayang dan suasana romantik ketika sedang memadu asmara menikmati malam pengantin baru bersama orang yang kita sayang.

5. Wangian Aromaterapi

Penggunaan wangian aromaterapi di dalam kamar boleh memberikan bau wangi yang juga membantu menaikkan rasa ghairah pasangan pengantin untuk menikmati malam pengantin baru. Aromaterapi bunga geranium adalah pilihan yang baik kerana zat dalam bunga geranium boleh merangsang hormon seks.

6. Bersihkan Diri

Mandi untuk membersihkan tubuh badan anda dari sebarang kekotoran dan bau yang kurang menyenangkan bagi pasangan anda. Mungkin anda boleh lakukan Brazillian Wax di spa yang menyediakan servis ini kerana ia sangat efektif membuang rerambut di tubuh badan kita.

7. Pakaian Dalam Seksi

Pakailah pakaian dalam yang seksi untuk memikat hati suami. Ia membantu dalam meningkatkan hormon seksual dalam diri suami dan rasa ghairah kian muncul melihat isteri berpakaian seksi pada malam pengantin baru.

8. Memakai Wangian Badan

Selepas mandi, persiapkan diri anda dengan memakai wangian untuk tubuh badan agar bau badan kita lebih harum serta digalakkan juga bagi pengantin perempuan bersolek pada malam pertama agar kelihatan menawan dan cantik istimewa hanya untuk tatapan suami.

9. Usah Paksa Diri

Tentukan anda dan pasangan sememangnya sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks pada malam pengantin baru. Usah memaksa diri, lakukannya atas kerelaan masing-masing apabila kedua-dua kamu rasa selesa. Rasa penat menguruskan perkahwinan mungkin menyebabkan salah seorang daripada anda berasa kurang sedia.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/