9 Tips Membeli Ikan Segar

ikan segar

ikan segar

ikan segar

Tahukah anda ikan segar yang digoreng yang dibeli di pasar rasa sedapnya sangat-sangat berbeza berbanding dengan ikan goreng yang anda makan di dewan makan sekolah berasrama penuh anda dahulu?

Jika anda tidak tahu beza ikan cencaru dengan ikan pelata, besar kemungkinan anda tidak akan mengotorkan tangan untuk memilih ikan dari timbunan banyak-banyak ikan di atas meja peniaga ikan. Anda akan memberitahu dengan peniaga ikan apa yang anda mahu, berapa kilo, bayar dan terus beredar. Sekiranya isteri anda tahu, pastinya dia akan bersumpah tidak akan membenarkan anda membeli ikan untuknya lagi kerana anda baru sahaja membeli ikan yang tidak segar.

Persoalannya bagaimana untuk memilih ikan yang paling segar dan terbaik dari lambakan ikan yang dilonggok di pasar? Di sini, admin ingin berkongsi 9 tips bagaimana memilih ikan segar ketika membeli di pasar.

Gunakan Deria Penglihatan Anda

1. Kulit Licin Dan Berkilat
Badan ikan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat. Ikan yang mempunyai kulit yang licin dan berkilat ini biasanya adalah ikan yang baru ditangkap oleh nelayan dan dibeli peraih secara terus sebelum dihantar ke pasar berhampiran dengan rumah anda.
2. Bersisik Banyak
Ikan bersisik banyak adalah ciri-ciri ikan segar yang mempunyai sisik yang masih kukuh di badannya. Ikan yang tidak segar mempunyai sisik yang sudah mula tertanggal.
3. Mata Cerah (Crystal Clear)
Ikan segar mempunyai mata yang cerah atau lebih dikenali sebagai Crystal Clear di kalangan peraih-peraih ikan. Bukannya berwarna merah atau kabur.
4. Insang Berwarna Merah Pekat
Ikan segar mempunyai insang yang berwarna merah pekat seperti warna darah. Jika insang ikan tersebut sudah dibuang atau berwarna selain merah pekat, itu adalah petanda terbesar ikan tersebut adalah ikan lama.

Guna Deria Bau Anda

5. Tidak Berbau Hanyir
Ikan segar tidak pernah berbau hanyir. Ia berbau seperti bau laut.
6. Ikut Naluri
Jika anda tidak suka dengan bau ikan tersebut (bau busuk), jangan beli ikan tersebut. Percaya kepada naluri anda sendiri dan gunakan kuasa pembeli anda sepenuhnya.
7. Bau Bahan Kimia Atau Pengawet
Jangan membeli jika anda terbau ammonia atau formaldehyde (bau bahan kimia atau bahan pengawet yang tajam) dari kedai peniaga ikan tertentu. Ikan mereka mungkin nampak berkilat dan tidak banyak lalat, tetapi ikan-ikan mereka ini telah disembur dengan larutan ammonia hidroksida cair atau formaldehyde.

Guna Deria Sentuhan

8. Sentuh Kulit Ikan
Sentuh kulit ikan yang anda mahu beli dan rasa kulit ikan yang segar biasanya licin dan basah seperti baru keluar dari air.
9. Picit Daging Ikan
Picit daging ikan itu sedikit dan rasai sendiri keanjalannya ini kerana daging ikan segar lebih anjal daripada ikan yang tidak segar. Jika daging ikan itu tidak anjal dan kering, ikan tersebut tidak layak berada di dapur anda.
Di dalam memilih ikan segar dalam membeli barang basah di pasar selalunya pengalaman mengajar kita yang mana terbaik buat kita sebagai pengguna. Jangan jadikan diri kita sebagai mangsa kepada penjual dan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini kerana bagi mereka keuntungan adalah matlamat utama daripada memberikan ikan segar yang berkualiti kepada pengguna.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/