9 Tips Membeli Kereta

tips membeli kereta

tips membeli kereta

tips membeli kereta

Membeli kereta adalah impian semua orang sebagai keperluan harian untuk ke sesuatu destinasi yang dituju. Namun ia bukanlah kehendak lagi pada zaman sekarang kerana ada pelbagai jenis kereta yang dijual di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pinjaman untuk membeli kereta adalah sama seperti pinjaman lain yang selalunya berbeza diantara setiap bank yang menawarkan kadar bunga atau interest rate yang berlainan. Sedikit usaha melakukan research dan fikiran akan membantu anda mendapatkan pembiayaan membeli kereta yang terbaik.

Kali ini admin ingin kongsikan 9 tips membeli kereta sebagai panduan agar anda bijak membuat keputusan dan memilih apa yang terbaik di dalam membeli kereta :

1. Bank Islamik Dan Bank Konvensional
Terdapat beberapa perbezaan diantara Pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional. Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh mendapatkan informasi dengan berjumpa dengan pegawai bank yang menguruskan bahagian pembiayaan membeli kereta dan tentukan jenis pinjaman yang akan diambil setelah penilaian dibuat.

2. Fikir Sebelum Membuat Penyelesaian Awal Pinjaman
Sekiranya anda memiliki wang tunai, menyelesaikan pinjaman membeli kereta akan menjadi keutamaan. Akan tetapi, terdapat senario dimana anda akan mendapat lebih nilai apabila meletakkan kedalam pelaburan (Dana Tetap).

3. Perjanjian Pengedar Dan Pihak Bank
Adalah perkara biasa bagi semua urusan pinjaman membeli kereta dilakukan oleh pihak pengedar . Ianya memang memudahkan, akan tetapi mungkin ada caj tersembunyi yang akan tidak memihak kepada anda. Selalu membuat penyelidikan dan perbandingan terhadap pengedar yang memberi nilai terbaik.

4. Kadar Faedah Tetap Dan Faedah Tidak Tetap (Berubah)

Bank menawarkan dua jenis faedah bagi pinjaman kereta, iaitu faedah tetap dan tidak tetap. Dalam keadaan tertentu, kadar tetap lebih menarik disebabkan penawaran pasaran dan ansuran bulanan yang stabil. Terdapat beberapa skim yang akan berfaedah buat anda

car-20ms

5. Buat Penilaian Kereta Baru Dan Kereta Terpakai
Secara logiknya, bank akan menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi bagi pinjaman kereta terpakai berbanding kereta baru. Kereta terpakai memiliki nilai jualan semula lebih rendah dan adalah amat sukar untuk meramal nilai pasaran dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ada beberapa bank menetapkan had umur kenderaan (sehingga 12 tahun) bagi anda yang bercadang untuk memiliki kereta terpakai.

6. Kereta Tempatan Dan Kereta Import
Bank meletakkan kadar faedah lebih rendah bagi kereta import seperti Ford dan Kia berbanding kenderaan tempatan seperti Proton atau Perodua. Walaubagaimanapun, perbezaan adalah amat kecil, maka ini bukanlah perkara yang perlu diberi perhatian utama.

7. Tempoh Pinjaman Jangka Pendek  Atau Jangka Panjang
Bank menetapkan kadar faedah yang lebih rendah bagi pinjaman berjangka panjang. Secara ideal, pinjaman jangka pendek adalah lebih baik jika bayaran ansuran memenuhi kemampuan kewangan anda.

8. Dapatkan Kelayakan Kelulusan Pinjaman
Mendapatkan maklumat mengenai kelayakan kelulusan bagi pinjaman adalah penting untuk mengetahui tahap kemampuan anda. Lawat beberapa bank untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti kadar faedah dan jumlah pembiayaan berdasarkan kedudukan kredit anda.

9. Margin Pembiayaan
Bank akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah bagi margin pinjaman yang rendah. Sekiranya anda mampu membayar wang pendahuluan yang lebih besar, and akan dapat berjimat dari bayaran faedah.

Adalah penting untuk menganalisa portfolio kewangan anda sebelum mengambil pinjaman bagi membeli kereta. Memilih pinjaman yang betul akan menjimatkan wang anda secara signigfikan. Bantulah diri anda dan jangan lupa melakukan penyelidikan sebelum membeli kereta agar tidak membebankan anda di belakang hari.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/