9 Tips Mula Workout

Workout
Workout

Workout

Apa itu workout? Dan sejauh mana yang anda faham mengenai workout? Baiklah workout adalah istilah senaman atau rutin harian dan biasanya kita gunakan ketika melakukan senaman di gym. Biasanya banyak alasan yang diberikan untuk kita nak mulakan workout di gym seperti kekangan masa dan suka mengambil sikap bertangguh. Namun pucuk pangkalnya terletak pada individu itu sendiri bila mereka mahu dan ingin mulakan workout ini.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 9 tips untuk anda nak mulakan sesi workout dengan konsisten dan membantu anda dapatkan bentuk badan yang diidamkan.

1) Set Matlamat
Set matlamat anda kenapa anda nak workout? Sama ada anda betul-betul nak kurus? nak buat bentuk (shape) badan? nak fitness dan stamina? Atau nak tunjuk kat awek yang anda berbadan sado?

2) Pergi Gym
Jangan workout di rumah, pergi gym. Sebabnya di rumah lebih banyak rehat dari workout nanti. Gangguan keluarga lah, tv lah, makanan lah. Bila anda ke gym, ia lebih memberi anda bermotivasi dan lebih bersemangat untuk workout.

3) Jangan Putus Asa
Bila nak workout di gym, pekakkan telinga anda dari orang yang negatif. Fokus pada matlamat anda. Bila berada di gym, jangan lemah semangat bila tengok ada orang yang body cantik, berstamina dan fit. Jangan takut, berkawanlah dengan mereka, mintak tolong atau tunjuk ajar supaya anda lebih bersemangat dan menjadikan mereka itu sebagai ikon untuk anda dapatkan bentuk badan seperti mereka itu. Fokus kepada matlamat anda tadi dan untuk diri sendiri.

4) Buat Satu Per Satu
Jangan dok tibai semua peralatan nak buat semua sekali dalam satu masa. Setkan matlamat dan masa, contohnya anda baru mula bergym. Jadi mula dengan kardio dulu. Bina stamina dan fitness dulu. Camamane nak sizing atau cutting jika stamina pun takde. Bagi masa dalam contohnya sebulan untuk bina stamina dulu, guna treadmill bicycle dan lain-lain.

5) Rehat
Pastikan rehat perlu cukup. Tidur cukup 6-8jam sehari. Bagi rehat 1-2 hari lepas workout di gym. Otot perlu rehat untuk recover.

6) Minum Air
Minum air masak banyak-banyak. Elakkan minuman bergula dan bergas.

7) Diet
Semak matlamat anda tadi. Jaga makan supaya anda tahu apa yang badan anda perlu semasa buat workout ni.

8) Suplemen
Cari suplemen yang sesuai. Asas untuk otot anda membesar adalah protein, jadi sama ada anda nak sizing atau cutting, anda perlukan protein untuk itu. Dan tidak, lemak tidak akan bertukar menjadi otot,dan otot jugak tak akan bertukar menjadi lemak. Jika lemak banyak, cari suplemen yang kandungannya fat loss.

9) Konsisten Dengan Rutin Workout
Buat yang asas dahulu. Buat apa yang sudah terbukti keberkesanannya. Apa-apa saja rutin yang anda buat, cuba guna 3 benda ini iaitu Squat, Bench, and Dead Lifts. Benda ni akan mempecepatkan pertumbuhan sebab banyak otot yang terlibat. Buat “ISOLATE MOVEMENT” (triceps extension,bicep curls, etc) di akhir workout anda atau pada hujung minggu. Buat yang susah dulu sebab korang ada tenaga pada awal workout.

Semoga Berjaya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/