9 Tips Perkahwinan Jarak Jauh

perkahwinan jarak jauh

perkahwinan jarak jauh

perkahwinan jarak jauh

Apakah dimaksudkan dengan perkahwinan jarak jauh? Perkahwinan jarak jauh bermaksud pasangan suami isteri yang sudah bernikah namun atas sebab pekerjaan dan tugas mereka terpaksa berpisah tempat tinggal dan hanya berjumpa ketika hujung minggu ataupun pada waktu cuti yang panjang.

Berpisah tempat tinggal dengan pasangan setelah bernikah amatlah menyiksakan bagi pasangan terutama sekali yang perempuannya. Semua wanita yang telah bergelar isteri sentiasa ingin bersama suaminya. Jika boleh sepanjang masa setiap saat berkepit disebelah suaminya. Bagi si suami pula yang mindanya boleh fokus dan menyibukkan diri dengan tugasannya, hanya akan terasa sunyi rindu kepada isterinya apabila hendak tidur malam. Namun demi tugas, mencari ilmu dan kerjaya, mereka terpaksa berpisah jua. Adakah di sana ada jalan penyelesaiannya?
Berikut di bawah ini adalah 9 tips perkahwinan jarak jauh untuk mengurangkan kebimbangan, kerisauan, keperitan perpisahan antara anda berdua.
1. Jangan Dengar Berita Dari Pihak Ketiga
Perkahwinan jarak jauh sememangnya banyak cabaran dan dugaan. Selalunya ia berkait dengan isu kesetiaan dan pasangan berlaku curang. Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber pihak ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya. Yakinlah, itu adalah bisikan syaitan yang bijak dalam mencari jalan untuk merosakkan kasih sayang anda berdua.
2. Jaga Solat Dan Selalu Berdoa
Di dalam solat semasa sujudmu berdua, jangan lupa berdoa agar Allah SWT menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan kerana perkahwinan jarak jauh ini.
3. Tetapkan SOP
Sebelum berpisah kerana faktor perkahwinan jarak jauh ini, buatkan atau tetapkan SOP (Standard Operating Procedures) komunikasi antara anda berdua. Contoh setiap malam atau setiap dua malam (terpulang mengikut persetujuan anda berdua) waktu tempatan antara jam 11-12 akan hubungi melalui Skype atau aplikasi lain yang sewaktu dengannya “without fail”. Jika ada hari-hari yang terlepas, maka diwujudkan denda yang boleh menambah nilai kasih sayang antara anda berdua seperti beli hadiah yang bernilai lebih RM50 kepada pasangan.
4. Beri Hadiah Setiap Kali Bertemu
Setiap kali pertemuan bersejarah itu, digalakkan memberi hadiah kepada isteri satu cenderamata istimewa secara ala-kadar sebagai ingatan pertemuan di tempat itu. Jika suami ini orang berada, dicadangkan hadiahkan kepada isteri gelang “Pandora” atau yang sewaktu dengannya. Setiap kali pertemuan cinta ini, isteri itu pula akan membeli “Charm” tersendiri untuk mengingati peristiwa tersebut. Tentu ianya satu benda yang menyeronokkan mengenai hubungan perkahwinan jarak jauh anda ini.
5. Berusaha Tetapkan Tarikh Untuk Tinggal Bersama
Suami ada rancangan dan kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggal bersama-sama nanti. Anda berdua tetapkan tarikh “keramat” penamat duduk berasingan itu. In Shaa Allah, yakinlah, isteri itu pasti akan menanda “the count-down” memangkah hari demi hari “looking forward” tarikh yang dinantikan. Jiwanya ada harapan sedikit dan dia bertambah tenang melihat “count-down” itu untuk mengakhiri hubungan perkahwinan jarak jauh.
6. Check In Hotel Bagi Mewujudkan Suasana Romantis
Jika kedua pasangan berada di Malaysia, tempah menginap di hotel-hotel kegemaran dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua atau rumah yang diduduki isteri sekarang. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menambah nilai cinta berahi menampung keperitan kerinduan perpisahan kerana perkahwinan jarak jauh itu.
7. Rancang Pertemuan Mengikut Kemampuan Masing-Masing
Contoh perkahwinan jarak jauh si suami belajar di Australia, manakala isteri kerja di Malaysia. Buat pertemuan 3 bulan sekali di tempat percutian yang menarik seperti di Bali atau yang seumpama dengannya (ikut kemampuan bajet) selama 3 hari 2 malam. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.
8. Pertemuan Istimewa
Pertemuan bagi pasangan yang terpaksa melalui perkahwinan jarak jauh ini seharusnya dijadikan satu pertemuan yang paling istimewa untuk melepaskan rindu dendam dan memadu kasih berdua sahaja. Bukan pulang ke kampung bersama menziarahi ibu bapa mertua di kampung.
9. Jangan Berpisah Atau Tidak Bertemu Melebihi 3 Bulan
Sebaik-baiknya dinasihatkan untuk pasangan yang menempuh perkahwinan jarak jauh ini jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar ra, beliau telah mengarahkan semua tentera di perbatasan pulang ke rumah selepas 3 bulan. Oleh itu, usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling kurang setiap 3 bulan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/