9 Tips Rawat Gusi Bengkak

Tips Rawat Gusi Bengkak
Tips Rawat Gusi Bengkak

Tips Rawat Gusi Bengkak

Pada artikel sebelum ini, admin ada kongsikan punca yang menjadi faktor utama gusi bengkak dan pada artikel kali ini admin mahu kongsikan pula bagaimana untuk anda merawat sakit gusi bengkak yang admin sebutkan pada artikel sebelum ini. Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Pembedahan akan dilakukan apabila tahap kesihatan periodontium yang baik tidak dicapai.

Sememangnya masalah gusi bengkak ini sangat merungsingkan fikiran kita kerana ia berkaitan dengan penjagaan oral sama ada kita kerap memberus gigi dan berkumur dengan air garam atau pun Listerine untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi sehingga menyebabkan sisa makanan itu tadi menjadi kepada punca mulut berbau dan gusi bengkak.

Baiklah, mari kita lihat 9 tips merawat masalah gusi bengkak seperti yang tertera dibawah ini.

1. Umbut Nanas

Hancurkan umbut nanas dan campurkan sedikit dengan garam halus. Kemudian, tampal pada bahagian gusi bengkak.

2. Kunyit Hidup

Rendamkan kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan seketika sampai sejuk, kemudian kumurlah dengan air rendaman tersebut.

3. Banyak Minum Air Putih

Perbanyakkan minum air putih untuk mengurangi bakteria pada mulut . Malah air putih dapat menggantikan fungsi air liur yang berkurangan.

4. Madu

Cara mengubati sakit gusi bengkak yang seterusnya adalah menggunakan madu. Madu adalah makanan yang memiliki banyak zat. Sapukan madu pada gusi yang bengkak 3 kali sehari.

5. Larutan Air Garam

Tambahkan satu sudu makan garam pada segelas air suam dan kacau hingga hancur. Kemudian kumurkan air garam selama beberapa minit.Ulangi proses ini beberapa kali sehari untuk meredakan gusi bengkak.

6. Air Perahan Lemon

Perah satu buah lemon ke dalam segelas air suam. Kemudian kumurkan air perahan lemon ini selama beberapa minit 2-3 kali sehari.

7. Bersihkan Gigi Dengan Benang Gigi, Flos

Gunakan benang gigi untuk membersihkan sisa makanan dari celah-celah gigi anda. Ini kerana sisa makanan yang tidak dibersihkan akan mencetuskan gingivitis atau penyakit yang menyebabkan gusi bengkak dan berdarah.

8. Ambil Vitamin Setiap Hari

Antara punca gusi bengkak ialah kekurangan vitamin dalam tubuh. Oleh itu, amalkan makan vitamin C, asid folik atau zat besi setiap hari.

9. Urut Gusi

Cara lain untuk meringankan pembengkakan gusi adalah dengan mengurut gusi menggunakan ‘cotton buds’. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk meningkatkan aliran darah ke gusi.

Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit periodontium termasuk:

1. Pembersihan Terbuka

Kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket.

2. Grafting Tulang

Tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).

3. Regenerasi Tisu Terkawal

‘Membran’ diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/