9 Tugas Suami Jaga Isteri Berpantang

tugas suami jaga isteri berpantang
tugas suami jaga isteri berpantang

tugas suami jaga isteri berpantang

Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab apakah tugas yang perlu anda tahu dan lakukan untuk menjaga isteri ketika dia sedang berpantang selepas melahirkan anak. Pada masa dan waktu sebeginilah yang selalunya menuntut tahap kesabaran seorang suami terhadap isterinya. Layanan yang diberikan haruslah seikhlas mungkin dan penuh dengan kasih sayang menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap isteri anda dan juga tanda berterima kasih sebenarnya kepada isteri kerana melahirkan zuriat anda.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 9 tugas suami untuk menjaga isteri ketika sedang berpantang.

1. Tidur Secukupnya

Suami haruslah memastikan isteri dapat tidur yang secukupnya semasa bayi sedang tidur, kalau bayi terjaga susah pula isteri yang sedang berpantang mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Jadi suami kena ambil tugas menjaga bayi jika bayi terjaga bagi memberi ruang untuk si isteri berehat.

2. Sentiasa Ceria Dan Senyum

Suami kena tahu bahawa isteri yang sedang berpantang emosinya mudah berubah dan sangat sensitif. Oleh itu suami haruslah memperbanyakkan senyuman dan sentiasa bersikap ceria di rumah. Sedikit sebanyak isteri akan merasa lapang hati dan terpengaruh dengan aura keceriaan yang dibawa oleh suami.

3. Buat Kerja Rumah

Kurangkan beban isteri dengan membantu membuat kerja rumah dan rajin-rajinlah mengemas kerana persekitaran rumah yang kemas dan teratur membantu isteri yang sedang berpantang berada di dalam keadaan yang selesa dan gembira.

4. Cari Tukang Urut

Jika anda pandai mengurut isteri boleh mengurut isteri yang sedang berpantang tetapi urut orang bersalin sangat berbeza dan memerlukan mak bidan atau orang yang pakar bab mengurut atau membuat sengkak. Ianya tidak sama dengan urutan biasa. Jadi tugas anda sebagai suami haruslah mencari orang yang pandai mengurut isteri yang sedang berpantang sebaiknya tempah dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

5. Sediakan Keperluan Asas Isteri

Biasanya ketika sihat urusan perbelanjaan barang dapur dan keperluan asas untuk diri sendiri isteri yang uruskan. Kali ini bila isteri sedang berpantang suami harus ambil alih tugas isteri untuk sementara waktu sehingga isteri sembuh sepenuhnya. Dan sediakan barang keperluan isteri dekat dan hampir padanya untuk mengelakkan isteri bangun banyak kali untuk mengambil barang lebih-lebih lagi jika isteri bersalin melalui pembedahan Caesar yang memerlukan isteri tidak berehat dan tidak banyak bergerak.

6. Sediakan Air Mandian Isteri

Suami harus bangun lebih awal daripada isteri untuk sediakan air mandian isteri. Air mandian isteri yang sedang berpantang sebaiknya air suam dan jika ada bahan mandian herba atau daun-daun dan akar kayu yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan isteri lebih bagus kerana ianya membantu menyegarkan badan.

7. Sediakan SarapanĀ 

Selepas isteri siap mandi, suami harus menyediakan isteri sarapan pagi. Isteri yang sedang berpantang pastinya lapar lagi-lagi jika menyusukan anak dengan susu badan. Dan suami harus menyediakan sarapan yang sesuai untuk isteri yang sedang berpantang bukannya sarapan yang semberono je.

8. Uruskan Bayi Dan Anak-Anak

Jika ada anak-anak kecil yang lain, tanggungjawab untuk uruskan anak-anak ini harus dipikul oleh suami sepenuhnya seperti memandikan, menyediakan baju dan menghantar anak-anak ke sekolah. Untuk bayi pula, sediakan air mandian bayi dengan air suam. Pastikan anda tahu teknik dan cara yang betul untuk memandikan bayi ini kerana selain kulit bayi yang amat sensitif pada suhu yang panas dan sejuk, anggota badan bayi yang lain juga masih lemah dan belum kuat lagi. Jadi suami harus berhati-hati ketika memandikan bayi terutama bahagian kepala dan leher bayi harus diampuh sebaiknya.

9. Sediakan Tungku

Tujuan utama bertungku untuk isteri yang sedang berpantang untuk mengeluarkan darah kotor yang tersisa supaya badan lebih ringan, segar dan sihat. Tugas suami adalah menyediakan dengan membakar tungku dan dibalut dengan kain yang tebal untuk digunakan oleh isteri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/