Aura Tenaga Positif

aura-tenaga-positif
aura-tenaga-positif

aura-tenaga-positif

Kita perlu percaya bahawa setiap benda atau makhluk di dunia ini mempunyai aura tenaga positif tersendiri. Secara semulajadinya, manusia amat memerlukan aura tenaga positif untuk tubuh badan mereka. Apabila minda sentiasa berfikir positif, ia akan membuatkan diri seseorang sentiasa senyum, ceria dan bertenaga. Segala tindakan juga menjadi positif. Reaksi beliau terhadap sesuatu juga menjadi positif, dia mampu mengawal dirinya dengan baik sekiranya aura tenaga positif melebihi aura negatif.

Justeru, apabila minda mampu mengekalkan aura tenaga positif dalam badan, maka ia mampu mengawal diri dalam semua bentuk keadaan dengan baik dan rasional. Orang lain boleh melihat betapa positifnya dirinya ketika itu. Perlu untuk kita mulakan pagi kita dengan aktiviti-aktiviti yang mampu mempengaruhi minda positif kita.

Selain itu, aura tenaga positif juga boleh dipindahkan kepada orang lain dengan pelbagai cara dan bentuk keadaan. Mungkin ramai tidak tahu, ianya amat penting bagi membantu seseorang untuk mengecapi sesuatu kejayaan atau impian yang dicitakan. Seelok-eloknya kita harus menjadikan diri kita penyumbang aura tenaga positif kepada orang lain.

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita dapat kembali di kemudian hari. Orang yang memberi dia akan sentiasa kaya, berjaya di dunia serta akhirat. Erti hidup pada memberi. Pernah dengar kata-kata ini? Hidup kita akan sentiasa ceria dan bahagia apabila kita sentiasa memberi, walaupun hanya dalam bentuk aura tenaga positif yang mampu disumbangkan kepada orang lain. Sebaliknya, elakkan menjadi penyedut aura tenaga positif. Ia akan membuatkan kita sentiasa gelisah. Hidup kita tidak akan tenteram, kerana kita hanya akan membuat orang lain merana.

Kita hanya menyedut aura tenaga positif orang lain, bukannya kita menyumbangkan tenaga kepada mereka. Golongan sebegini hidupnya tidak senang, kerana mereka hanya ingin pesaing mereka kalah, mereka melontarkan kritikan untuk menjatuhkan seseorang. Apa yang kita lakukan kepada orang lain, ia juga akan kembali berlaku kepada diri kita. Ini adalah hukum tarikan. Apabila kita memberi, maka tenaga kita secara automatiknya akan bertambah. Sebaliknya jika kita menyedut, maka aura tenaga positif di dalam diri kita turut sentiasa berkurang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/