Bahaya Darah Beku

Darah Beku
Darah Beku

Darah Beku

Darah beku ini biasanya datangnya dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung keteter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu daripada tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru. Bergantung pada tahap penyakit, embolisme pulmonari yang kronik boleh menyebabkan pesakitnya meninggal dunia dalam tempoh 30 minit selepas simptom muncul.

Untuk rujukan di Malaysia penyakit darah beku di otak adalah antara penyakit yang paling banyak dilaporkan di hospital pakar. Ada pesakit yang mendapat sakit darah beku di otak ini akibat daripada serangan strok, kemalangan jalan raya dan terjatuh yang mana kecederaan itu berlaku di kepala. Risiko untuk melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otak sangat berisiko tinggi berbanding pada anggota badan yang lain.

Di Malaysia, kira-kira satu pertiga atau 34 peratus daripada kematian tromboembolisme vena (VTE) berpunca daripada embolisme pulmonari iaitu maut secara tiba-tiba. Antara gejala embolisme pulmonari termasuk sesak nafas, sakit dada dan kadar denyutan jantung pantas serta sesetengah orang juga mungkin mengalami batuk berdarah.

Individu Berisiko Mendapat Sakit Darah Beku

Selain mereka yang pernah melakukan pembedahan atau surgeri, kajian Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand (NZ) dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan NZ juga menyebut bahawa masalah ini turut dihadapi oleh golongan seperti yang admin nyatakan dibawah ini:

  •   Staf pejabat yang duduk terlalu lama.
  •   Staf industri maklumat.
  •   Staf pusat panggilan.
  •   Penumpang kapal terbang dengan perjalanan jauh.
  •   Pengguna komputer yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer.

Simpton Darah Beku

  • Cepat penat
  • Mengah
  • Sakit dada
  • Denyutan nadi laju
  • Lemah di bahagian kaki
  • Kurang selera makan
  • Batuk
  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif

Pencegahan Darah Beku

  • Pakai stoking untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (DVT). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
  • Banyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
  • Elakkan meminum air batu (ais).
  • Elakkan membuka penghawa dingin terlalu sejuk.
  • Sentiasa meminum air panas.
  • Amalkan bersenam.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/