Bahaya Penyakit Gonorea

Bahaya Penyakit Gonorea
Bahaya Penyakit Gonorea

Bahaya Penyakit Gonorea

Pernahkah korang dengar tentang penyakit Gonorea atau dalam ejaan bahasa Inggerisnya ‘Gonorrhea’? Gonorea nie ialah satu jenis penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan kelamin dengan pasangan yang sememangnya dah pun mengidap penyakit nie.

Komplikasi kepada penyakit gonorea ialah ia boleh menyebabkan mandul dan seterusnya mengundang pelbagai penyakit kelamin lain seperti sifilis, kanser dan sebagainya.

Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria ini berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks melalui vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala. Hmm.. sebabnya kekadang orang yang kena penyakit nie pun tak sedar bahawa dia ada gonorea pada peringkat awalnya. Bila dah berminggu-minggu atau berbulan-bulan barulah perasan…

Dan satu lagi, penyakit gonorea juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Hmm.. kesian budak yang tak tahu apa-apa tu.. huhu..

Tanda-Tanda Penyakit Gonorea

Bagi Lelaki :

  • Mereka lebih mudah mengesan gejala penyakit. Gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi remaja perempuan gejala akan timbul lebih lambat.
  • Rasa sakit ketika buang air kecil.
  • Mengeluarkan cecair atau lelehan yang berwarna kekuningan seperti nanah dari salur kencing.
  • Sakit di bahagian dubur dengan mengeluarkan lelehan dan rasa gatal.

Bagi Wanita :

  • Mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami gejala ringan sehinggalah penyakit ini menjadi lebih teruk.
  • Demam sejuk, sakit pada bahagian sendi dan abdomen.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Terdapat tanda lelehan di kemaluan atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari vagina atau faraj.
  • Sakit di bahagian dubur dan keluar lelehan serta rasa gatal.
  • Mungkin mengalami pendarahan antara kitaran haid.

Komplikasi Gonorea

  • Gonorea lebih bahaya jika tidak dirawat.
  • Bagi golongan wanita dan remaja perempuan, ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik (PID).
  • Bagi lelaki ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak.
  • Ia juga boleh mengakibatkan kemandulan disebabkan parut pada saluran pembiakan.
  • Sesiapa yang mengidap Gonorea mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Sebab tu ler jangan diamalkan ‘seks luar nikah’ nie..
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
  • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.

Bolehkah Gonorea dirawat?

  • Hmm… nasib baiklah ada ubat untuk penyakit nie.  Kalau merasakan ada tanda-tanda seperti yang disebutkan cepat-cepatlah jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  • Untuk mengesahkan samada individu itu benar-benar menghidapi Gonorea, doktor akan mengambil cecair dari kemaluan untuk dianalisa terlebih dahulu. Doktor tak boleh main agak-agak jer, kena kompom betul-betul sebab takut tersalah bagi ubat.
  • Bila dah ‘confirmed’ barulah doktor akan bagi ubat antibiotik untuk merawat jangkitan kepada individu tersebut dan juga pasangannya.  Tapi kena ingat bahawa pengambilan antibiotik boleh memulihkan tetapi ia tidak dapat mencegah seseorang tu dari dijangkiti sekali lagi.  Kalau dah pergi ‘cari semula’ alamatnya kena balik ler penyakit. Mengkalau dah kena berulang kali hmm… ada kemungkinan antibiotik pun boleh jadi kurang berkesan. So, beringatlah!

Petua Tradisional Mengubati Gonorea

  • Rawatannya ialah dengan amalan minum air rebusan akar pokok kemboja sekali sehari. Baca selawat tiga kali sebelum minum. Mujarab atau tidak, semuanya adalah dengan izin Allah SWT. Ingat… mencegah adalah lebih baik dari merawat! Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari melakukan hubungan seks rambang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/