Dialek

Dialek
Dialek

Dialek

Di Malaysia terdapat kepelbagaian dialek atau lorat yang unik mengikut negeri atau daerah. Setiap dialek mempunyai keistimewaan masing-masing yang boleh dikenal pasti melalui perbualan atau percakapan seseorang. Dialek yang juga dikenali sebagai loghat berbeza di kebanyakan negeri di Malaysia.

Antara negeri-negeri yang mempunyai dialek tersendiri adalah seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Dialek juga boleh juga boleh diklasifikasikan mengikut zon seperti Utara, Timur, Selatan dan Tengah. Bagi seseorang yang pertama kali mendengar dialek-dialek yang unik berkemungkinan akan menghadapi masalah pemahaman perkara yang dibualkan atau dituturkan, tetapi boleh belajar sedikit demi sedikit sebelum menguasai sepenuhnya. Seseorang itu boleh dikenali berasal dari negeri mana melalui perbualan dan pertuturan mereka.
Di sesetengah negeri terdapat juga dialek yang berbeza mengikut daerah. Ini kerana perwarisan bahasa daripada orang terdahulu dan daerah itu bersempadan dengan negara lain. Terdapat juga persamaan frasa bunyi bagi sesetengah dialek tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Oleh itu penutur harus berhati-hati ketika menuturkan sesuatu perkataan kerana mungkin akan di salah
anggap yang mempunyai pemahaman yang lain mengenai perkataan tersebut. Dialek juga boleh menjadi bahan jenaka kepada si penuturnya kerana keunikan dialek tersebut sama ada dari segi bunyinya atau ejaanya. Penuturnya juga harus berhati-hati jika perkara yang disebut juga kadang kala boleh mengguris hati seseorang yang boleh mencetuskan pergaduhan terutamanya
kepada sesiapa yang amat sensitif.
Pada masa sekarang, masalah lorat tidak lagi menjadi masalah kerana terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan bagi merujuk makna atau erti dialek dari negeri atau daerah lain. Malah, seseorang itu boleh bertutur dialek lain dengan fasih dan lancar kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka tersebut. Pendedahan kepada kanak-kanak juga penting bagi memelihara warisan Bahasa yang dapat diwariskan kepada golongan masa hadapan nanti.

Kesimpulan

Dari negeri mana pun anda datang sebagai orang yang mewarisi adat dan budaya ketimuran adalah wajar untuk dipelihara dialek atau lorat ini kerana ianya merupakan sesuatu yang bernilai dan berharga yang kita tidak akan dapat beli dengan wang ringgit. Didiklah anak-anak anda untuk cintakan bahasa daerah semai dan tanamkan semangat jati diri di dalam diri anak-anak anda kerana mereka adalah pewaris yang akan terus menerus menjaga dan menyambung legasi budaya dan juga adat ketimuran daripada pudar dimamah zaman.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/