Final Piala FA 2016

Final Piala FA 2016

image

Tinggal 1 hari sahaja lagi tarikh bagi peminat bola sepak menyaksikan perlawanan paling epik Final Piala FA 2016 bagi dua pasukan yang berstatus kelab Johor Darul Ta’zim menentang PKNS FC. Yang pastinya Final Piala FA 2016 ini sukar diramal kerana PKNS FC adalah pasukan yang bermain di Liga Perdana melakukan beberapa kejutan menewaskan pasukan elit atau pasukan pilihan seperti Perak FA pada aksi di separuh akhir tidak seperti JDT yang mempunyai status gah dengan rekod kemenangan yang SEMPURNA pada semua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC.

Final Piala FA 2016

Final Piala FA 2016

Dengan keadaan venue Stadium Shah Alam yang masih menjadi persoalan keadaan padangnya sama ada sudah bersedia dilanyak oleh pemain kedua-dua kelab tersebut pada edisi Final Piala FA 2016 ini. Ianya seakan memberi jawapan yang kualiti permukaan padang masih tidak menepati standard yang memuaskan hati pemerhati bola sepak tanah air. Mengapa ianya menjadi persoalan? Jawapannya telah terjawab pada aksi Piala Sultan Selangor edisi ke-17 pada 7hb Mei lepas selepas setelah sekian lama ianya ditutup untuk operasi membaik pulih. Dengan keadaan sistem saliran air yang masih di takuk lama dan tiada kemajuan setiap kali hujan turun dengan lebat pasti air akan bertakung dan ini sedikit sebanyak akan merencatkan taktikal yang telah direncanakan oleh kedua-dua jurulatih JDT Mario Gomez dan PKNS FC iaitu E. Elavarasan.

i

Tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk Final Piala FA 2016 kali ini pastinya tertumpu kepada key player bagi kedua-dua pasukan. Dengan JDT yang akan meletakkan harapan kepada ketua pasukan Safiq Rahim yang mempunyai kepakaran set piece dan sepakan percumanya yang mampu memerangkap benteng pertahanan lawan untuk menghasilkan seberapa banyak gol yang boleh dibantu dengan kepantasan dan kelicikan Jorge Pereyra Diaz yang sedang berada di puncak prestasi selepas membantu JDT menyingkirkan pasukan Kedah FA dengan menjaringkan 2 gol pada separuh akhir kedua di Stadium Larkin ianya pasti tugas berat menanti pertahanan PKNS FC yang pastinya E. Elavarasan sudah mempunyai strategi bagi merantai 2 pemain JDT ini.

JDT

Jika JDT ada Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz, PKNS FC juga ada Matias Hadwa. Di atas kertas Hadwa mungkin diletakkan berpasangan dengan Juan Corbelli di jentera serangan. Tetapi bila beraksi di atas padang, Matias Hadwa boleh dilihat berada di mana-mana iaitu di kanan, kiri dan tengah. Kelebihan Matias Hadwa sukar dikawal dalam situasi 1 lawan 1 dan pemain PKNS FC mempunyai kualiti hantaran lintang yang baik dari sayap kanan dan kiri yang mampu dimanfaatkan Juan Manuel Corbelli yang sangat merbahaya ketika melancarkan serangan balas pantas counter-attack. Boleh bermain dalam keadaan tertekan (di depan penyokong lawan yang ramai)

Matthias Hadwa

Sejarah Piala FA mula diperkenalkan pada tahun 1990 yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia. Dan pada Final Piala FA edisi pertama telah dimenangi Perak pada tahun itu selepas mengalahkan Selangor FA dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Berikut adalah senarai pemenang Piala FA Malaysia sejak mula diperkenalkan.

Senarai Pemenang Piala FA Malaysia
Tahun Juara Naib Juara Skor Penalti
1990 Perak Selangor 3-2
1991 Selangor Perak 1-0
1992 Sarawak Kuala Lumpur 2-1
1993 Kuala Lumpur Sabah 2-1
1994 Kuala Lumpur Sabah 3-1
1995 Sabah Pahang 3-1
1996 Kedah Sarawak 1-0
1997 Selangor Pulau Pinang 1-0
1998 Johor Sabah 1-0
1999 Kuala Lumpur Terengganu 0-0 5-3
2000 Terengganu Pulau Pinang 1-1 4-3
2001 Selangor Sarawak 1-0
2002 Pulau Pinang Perak 1-0
2003 Negeri Sembilan Perlis 2-1
2004 Perak Terengganu 3-0
2005 Selangor Perak 4-2
2006 Pahang Perlis 0-0 4-2
2007 Kedah Perlis 0-0 4-2
2008 Kedah Selangor 3-2
2009 Selangor Kelantan 1-1 4-1
2010 Negeri Sembilan Kedah 1-1 5-4
2011 Terengganu Kelantan 2-1
2012 Kelantan Sime Darby 1-0
2013 Kelantan JDT 1-0
2014 Pahang Felda United 2-1
2015 Kelantan Lions XII 1-3

Bagi pasukan PKNS FC pula, layak ke Final Piala FA 2016 ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan apatah lagi tidak diletakkan sebagai pasukan underdog atau pasukan bukan pilihan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para pemain untuk beraksi seperti biasa dan memberi all out sehingga ke tiupan wisel penamat. Sekiranya mereka berjaya memenangi perlawanan akhir ini, pastinya ia satu bonus yang besar dan mencatat sejarah sebagai kelab pertama menjuarai Final Piala FA 2016 ini.

PKNS FC

Rekod 6 Pertemuan Terakhir JDT Dan PKNS FC

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super pada 11 April 2014. Ketika itu, JDT menang 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan PKNS FC, Aminudin Mohd Nor.

Dalam 6 pertemuan antara mereka, JDT menang 3 kali, PKNS 2 kali dan seri sekali.

22 Jan 2013 (Liga Super)
PKNS 1-3 JDT

11 Mei 2013 (Liga Super)
JDT 3-1 PKNS

20 Ogos 2013 (Piala Malaysia)
PKNS 2-0 JDT

21 September 2013 (Piala Malaysia)
JDT 0-2 PKNS

4 April 2014 (Liga Super)
PKNS 1-1 JDT

11 April 2014 (Liga Super)
JDT 1-0 PKNS

Apa pun analisa dan ramalan keputusan yang dibuat hanya sepak mula pada hanya aksi pada malam esok sahaja yang akan menjadi penentu kepada kejayaan sama ada JDT atau PKNS FC yang akan dinobatkan menjadi juara pada Final Piala FA 2016. Dan segala apa analisa di atas kertas tidak boleh menjamin kejayaan kerana ‘ bola itu bulat ‘ dan pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan memanfaatkan peluang yang terhidang pastinya akan menjadi juara. Admin ucapkan semoga maju jaya kepada kedua-dua pasukan dan kepada penyokong yang datang ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan masing-masing admin doakan agar anda semua selamat pergi dan pulang ke destinasi yang dituju. Akhir kata dari admin ‘ MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA ‘.

Kredit Gambar : JOHOR Southern Tigers, PKNS FC

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/