Fungsi Air Putih

fungsi air putih

fungsi air putih

Sumber air putih dalam kehidupan manusia merupakan faktor penyumbang terbesar dalam menjamin mutu dan kualiti tahap kesihatan seseorang. Tanpa air yang mencukupi mana mungkin seseorang itu boleh meneruskan kehidupan kerana air memainkan peranan utama dalam melancarkan fungsi tubuh badan ke tahap maksimum. Sekalipun anda tidak melakukan sebarang aktiviti berat, air tetap akan hilang dari tubuh badan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu adalah amat penting kita mendapatkan air minuman yang cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang dari tubuh menerusi perpeluhan, air kencing, pernafasan dan sebagainya.

Fungsi Air Putih

1. Kandungan air dalam tubuh manusia yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur dan pemacu nutrisi tubuh serta mengawal suhu badan.

2. Air putih juga berfungsi dalam mengawal kalori kerana ia berupaya untuk mengurangkan pengumpulan lemak yang berlebihan di tubuh badan. Antara sumber makanan yang mengandungi banyak air dan mengalami penyerapan yang perlahan adalah seperti sup, gandum, sayur-sayuran dan kekacang. Pengambilannya boleh menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan dapat mengurangkan pertambahan kalori.

3. Apabila otot mengalami kesakitan dan kelesuan ini menunjukkan cecair dalam tubuh kita menjadi tidak seimbang. Oleh sebab itu kita disarankan untuk minum dengan lebih banyak air sebelum, semasa dan selepas bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.

4. Sampah utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air yang kemudiannya disaring oleh ginjal dan disingkirkan melalui air kencing. Ginjal akan berkerja dengan air sekiranya air di dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air akan menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan ianya mengalir lancar.

5. Air juga berfungsi dalam menyelia dan melancarkan proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang maka usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan inilah yang akan menyebabkan berlakunya sembelit atau kesukaran bagi anda untuk membuang air besar kerana ianya terlalu kering.

Begitulah beberapa fungsi dan khasiat air putih atau lebih mudah dikenali dengan air masak atau air kosong. Amalkanlah minum air dengan kadar banyak seharian dan jangan pula minum secara berlebihan pula. 8 gelas sehari sudah memadai. InsyaAllah tubuh badan anda akan lebih sihat dan cergas. Semoga bermanfaat.

P/S : Adakah isteri anda sentiasa menolak hajat batin anda? Dingin seks, kurang bernafsu atau lambat ghairah? Ingin selesaikan masalah tersebut? Dapatkan cecair perangsang isteri sekarang! KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/