Fungsi Anggota Kelamin

anggota kelamin
anggota kelamin

anggota kelamin

Apabila dikatakan anggota kelamin ramai orang akan menganggap bahawa itu bermaksud zakar dan faraj. Anggapan itu adalah tidak tepat kerana anggota kelamin tidak terhenti kepada dua anggota itu saja. Ia meliputi keseluruhan tubuh badan manusia yang zahir dan yang tersembunyi. Otak dan perasaan adalah juga anggota kelamin. Telaga Kalkautsar iaitu istilah yang biasa digunakan oleh orang tua-tua Melayu bagi langit-langit tekak adalah juga anggota kelamin. Besi Khursani iaitu istilah yang secara umumnya bermaksud tenaga batin yang berada di dalam badan manusia adalah juga anggota kelamin.

Pada tubuh badan suami mahupun isteri itu terdapat lubuk-lubuk di mana rangsangan dilakukan sebelum istimta, ketika istimta, semasa jimak dan setelah jimak. Ini termasuk juga penglihatan dan pendengaran, lubuk- lubuk keghairahan seperti telinga, mulut, kerongkong, tengkuk, celah peha, daging manis di pinggang, puting payudara, ibu jari kaki dan lainnya termasuk zakar dan faraj. Maka jika dianggap bahawa hanya zakar dan faraj saja sebagai anggota kelamin ia adalah anggapan yang sempit.

Mengetahui fungsi anggota kelamin mempunyai faedah yang besar. Dengan itu akan dapat difahami akan tugasnya dalam menjayakan jimak yang berkesan. Sifat-sifat anggota kelamin dan kaedah bagaimana ianya boleh dirangsang dan merangsang perlu diketahui agar suami boleh memberikan kenikmatan dan inzal kepada isteri. Isteri pula mampu melayani suami dengan baik.

Seksologi Barat membincangkan mengenai anggota kelamin dari sudut moden. Namun begitu ada antara anggota kelamin tidak menjadi fokus di Barat dan hanya diketahui oleh Islam atau masyarakat Timur. Beberapa contoh ialah Makam Yang Lima, fungsi dan kelebihan Buah Zakar, fungsi dan kelebihan Urat Jarum, kaedah- kaedah rangsangan Istimta’ yang bertertib serta penuh rahsia, Tiga Lubuk Nafsu, Rahsia Peredaran Mani (Nafsu) menurut Islam dan sebagainya.

Pengetahuan yang agak terperinci mengenai hal ini menjadi asas bagi menjayakan jimak dengan berkesan tanpa menyakiti perasaan pasangan. Faktor ini penting kerana jimak bukanlah bertujuan bagi memuaskan syahwat diri semata-mata. Nafkah batin perlu diberikan dengan baik, lemah lembut dan bertertib serta sesuai dengan masa dan tempatnya. Seperti kata orang tua-tua Melayu nafkah batin itu seolah-olah mencari lauk-pauk kepada isteri, pertamanya perlu diketahui kesukaannya, keduanya perlulah dirancang agar tidaklah hanya mencari lauk yang serupa setiap hari kerana ia menjemukan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/