Hari Kiamat – 5 Fasa

kiamat
kiamat

kiamat

Salam sejahtera untuk semua.. Hari Kiamat adalah peristiwa di mana alam semesta beserta isinya hancur luluh yang membunuh semua makhluk di dalamnya tanpa terkecuali. Hari kiamat bermula dengan bunyi tiupan sangka kala oleh Malaikat Israfil atas perintah dari Allah SWT.

Setelah semua makhluk yang hidup mati maka Allah SWT akan membali memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniup sangka kala untuk yang kedua kalinya untuk membangunkan semua orang yang telah mati untuk bangkit kembali mulai dari manusia pertama zaman Nabi Adam a.s hingga manusia yang terakhir saat kiamat tiba untuk melaksanakan hari pembalasan.

Apabila kita bercakap tentang Hari Kiamat, sudah terlalu banyak tanda-tanda kecil yang kita sudah nampak sekarang seperti penaklukan Baitulmaqdis, zina berleluasa dan lain-lain. Adakah kejadian gerhana matahari yang baru-baru berlaku pada 10 Mac 2016 ini juga salah satu petanda Hari Kiamat ??… Kejadian gerhana matahari yang berlaku setiap 21 tahun ini adalah salah satu petunjuk kekuasaan Allah SWT dan kita sebagai manusia seharusnya mengikut petunjuk-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apakah dunia hampir kiamat?.. Ok di sini admin akan terangkan apa yang dipanggil 5 Fasa Zaman Pemerintahan sebelum berlakunya hari kiamat.. Adakah anda pernah terlintas di fikiran kita sekarang berada di fasa zaman pemerintahan yang mana??…

Fasa 1

Zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan di dalam fasa ini Nabi Muhammad SAW masih hidup. Zaman ini telah berlalu.

Fasa 2

Zaman pemerintahan khalifah yang mengikut jejak langkah nabi Muhammad SAW dalam memerintah ataupun dipanggil “Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah” . Di zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’Rashidin. Zaman pemerintahan ini juga telah berlalu.

Fasa 3

Zaman pemerintahan kerajaan yang menggigit yakni dipanggil “ Mulkan ‘Adhan”. Menggigit di dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Pada fasa ini kita dapat lihat , kerajaan Bani Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Zaman ini juga telah menjadi sejarah.

Fasa 4

Zaman pemerintahan kerajaan yang menyombong dan bermaharajalela (Mulkan Jabariyyan). Pada zaman ini adalah pemerintahan kerajaan yang mengikut kata hati sendiri dan tidak berlandaskan Al Quran & As Sunnah.

Fasa 5 

Dunia kembali diperintah oleh pemerintah yang mengikut jejak langkah nabi – “Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah” berasaskan syariat Islam. Selepas fasa ke 5 ini, maka tamatlah sejarah manusia.

Untuk pengetahuan anda semua, kita sekarang berada di fasa ke -4 dimana fasa kerajaan pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Apa yang akan berlaku pada fasa yang keempat ini??.. Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan satu fitnah yang paling besar iaitu fitnah al-Masih Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana kekuasaan di fasa yang ke-5 berpihak pada orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa yang ke-5 kerana selepas itu sejarah tamadun manusia akan tamat. Siapa sebenarnya dajjal ?..pada masa kini kita didedahkan hanya dengan simbolik Dajjal iaitu piramid yang bermata satu ataupun mata satu. Sebenarnya Dajjal itu adalah manusia yang akan muncul apabila sampai waktunya dan akan muncul Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa a.s yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 dan seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia.

Sama-sama kita renungkan dan semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/