Hukum Mencukur Bulu Kemaluan

mencukur bulu kemaluan
mencukur bulu kemaluan

mencukur bulu kemaluan

 Hukum Mencukur Bulu Kemaluan

Disunnahkan dalam agama Islam untuk mencukur bulu kemaluan, diharuskan pula dengan cara merapi iaitu menggunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur atau bahan kimia yang kurang mudaratnya yang disapukan pada kulit bagi menggugurkan bulu kemaluan kulit itu tanpa rasa sakit.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung bagi mencukur bulu kemaluan untuk kaum wanita, ini kerana perbuatan mencabut bulu kemaluan akan mengakibatkan kendur dan merasa sakit pada kulit di tempat itu.

Ada banyak hadis-hadis, antaranya :

1. Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Lima hal yang termasuk sunnah fitrah: Mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memendekkan kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” (HR Jama’ah)

2. Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

3. Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari) (Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dan ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah dengan syariat mencukur bulu kemaluan ini.)

4. Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah (mencukur bulu kemaluan), Nabi SAW juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

5. Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid” (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

6. “Bersuci itu separuh daripada iman” (HR Muslim)

7. HR Jabir – larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu kemaluan bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Antara sebab saintifik kenapa perlu dibuang atau mencukur bulu kemaluan adalah kerana kawasan bulu kemaluan adalah kawasan sulit yang mudah berpeluh. Sekiranya ia tidak dicukur, maka dari segi kebersihan ia amat diragui dan bergantung pada tahap keyakinan dan keselesaan seseorang itu. Apabila terkena kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk disucikan. Lama kelamaan ia akan mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu kemaluan dapat mencegah daripada pembiakan bakteria dan hama. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Antara dialog Rasulullah SAW dengan Iblis mengenai bulu kemaluan (ari-ari),

Pertanyaan Nabi SAW : “Siapakah orang yang paling engkau sukai?”

Jawab Iblis: “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Haram hukumnya dalam perkara mencukur mencukur bulu kemaluan ini ; (Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud)

1. HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain.

2. HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan lelaki lain.

3. Begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain.

4. Ataupun HARAM seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya.

Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya. Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/