Ilmu Pengetahuan

ilmu
ilmu pengetahuan

ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan ialah perkara paling asas untuk kita laksanakan sesuatu pekerjaan atau bidang. Sebelum memulakan sesuatu, menuntutlah ilmu berkaitan dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut. Segala perkara di dunia ini perlu bermula dengan satu asas yang kukuh. Jika tiada perkara asas ini, segala jenis pekerjaan pun kita tidak akan mampu lakukan. Ilmu pengetahuan tidak akan pernah habis dituntut, semakin dituntut ilmu pengetahuan ini semakin banyak pula perkara yang kita tidak tahu.

Justeru, ilmu pengetahuan juga diibaratkan seluas lautan yang sejauh mata memandang. Tiada penghujungnya kelihatan di mata kita, jangan sesekali kita mendabik dada dan merasakan kitalah orang yang paling berilmu di dunia ini. Dalam dunia perniagaan juga turut mempunyai undang-undang yang sama iaitu perlu ada ilmu pengetahuan. Mungkin bagi sesetengah orang muda sentiasa ingin keputusan yang cepat sehinggakan kita melupakan pengalaman dan ilmu pengetahuan kita cukup terhad. Jadi, kita perlukan orang yang lebih berpengalaman untuk membimbing kita melakukan sesuatu perkara.

Bagi orang muda, jika ingin berjaya dengan cepat, mintalah panduan dari orang yang lebih senior dalam bidang tersebut, orang muda mempunyai semangat yang cukup tinggi, jika dapat dibimbing dengan baik, serta mengikut segala saranan guru sekerap mungkin, tidak mustahil mereka akan berjaya dengan begitu pantas. Manakala, orang yang lebih senior perlu semangat dari orang yang lebih senior. Barulah perniagaan tersebut begitu ampuh melayari lautan samudera.

Ilmu pengetahuan juga berperanan dalam keluarga masing-masing, selalunya yang muda akan dinasihati yang lebih senior, kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dan asam garam dalam kehidupan. Dari kecil lagi, kita banyak belajar dari pengalaman. Bermula dari meniarap, merangkak, duduk dan seterusnya berdiri dan berlari. Ia suatu proses yang agak panjang, namun itulah realiti sebuah perjalanan menuju kejayaan seperti yang diidam-idamkan.

Perjalanan dan pengalaman mendewasakan kita, menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi pelbagai onak dan duri dalam kehidupan. Ujian yang datang semakin kuat, kehidupan kita akan menjadi lebih indah setelah kita berjaya melepasi segala onak duri dan ranjau dalam kehidupan. Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Siang malam berbintang, itulah lukisan alam yang harus ditempuhi bagi insan yang bernama manusia dan ilmu pengetahuan sebagai panduan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/