Ilmu Senggama Bangsa Melayu

Ilmu Senggama Bangsa Melayu
Ilmu Senggama Bangsa Melayu

Ilmu Senggama Bangsa Melayu

Ilmu Senggama Bangsa Melayu –¬†Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Begitu menurut Ibnu Athir seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu menurut beliau ialah Bani Jawi iaitu keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan Himalaya yang mana di dalam bahasa Sanskrit ia bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.

Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sungai Mus Punya.

Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu melahirkan tiga keturunan yang besar. Pertama ialah bangsa Arab dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s. dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari’at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya dari segi ilmu senggama iaitu ilmu jimak praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan lelah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul setengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari kerajaan Sri Vijaya Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya termasuklah bidang persilatan.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadramaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu- ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pernah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa dan berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk-habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik. Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun sebenarnya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan budaya Hindu, Buddha, Islam dan budaya Arab, Israel, Rom dan Khurasan. Jalinan ini kelihatannya lebih menekankan cara jimak atau ilmu senggama menurut Islam sedangkan praktik lain seperti ubat-ubatan dan sebagainya mempunyai pengaruh dari agama Hindu serta Buddha.

Berkemungkinan besar bahawa praktik senaman dalam Ilmu Senggama Melayu adalah berasal dari pengaruh Hindu. Ini kerana terdapat banyak persamaan dari segi posisian senaman tersebut serta praktik pernafasan semasa senaman itu dijalankan. Didapati bahawa terdapat juga Ilmu Nafas di dalam kitab-kitab Melayu dan ini juga didapati mempunyai pengaruh dari Ilmu Yoga dari agama Hindu.

Sekiranya pembaca belajar Ilmu Senggama Melayu dari seorang dukun atau bomoh atau pawang kemungkinan besar dia akan menyatakan bahawa ilmu tersebut diajarkan menerusi ilham atau oleh para jin terutamanya dari segi senaman tenaga batin. Ada antara mereka yang mendakwa berkahwin dengan orang bunian (jin). Walau bagaimanapun ianya mempunyai fokus yang lain, ia lebih menekankan mengenai tanggungjawab bagi menjayakan perlaksanaan Nafkah Batin kepada isteri dan ini berlandaskan kepada apa yang diajarkan oleh agama Islam. Pengetahuan senggama atau jimak dari bangsa dan agama lain dicatatkan sebagai menambah pengetahuan dan membuat penilaian. Beberapa praktis mistik juga dicatatkan bagi menambah pengetahuan saja. Kesemuanya ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang agak menyeluruh mengenai apa yang diajarkan oleh orang-orang Melayu dahulu dalam konteks Ilmu Senggama ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/