Impian

Impian
Impian

Impian

Pernah kita dengar tentang perkataan impian? Adakah ia sekadar mimpi? Atau ia adalah panduan buat kita menempuh segala cabaran untuk mencapai kejayaan. Mungkin semua orang memiliki cita-cita masing-masing. Pernahkah kita terfikir apakah perbezaan antara impian dan angan-angan? Ia sudah pasti sangat berbeza sekiranya kita dapat memahami secara mendalam tentang perkataan ini. Beza antara impian dan angan-angan ialah TINDAKAN.

Kita boleh menanam impian setinggi gunung, tetapi adakah kita bertindak sesuai dengan kadar cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan kita mendaki gunung tersebut. Tindakan kita juga harus mempunyai ilmu sebagai panduan. Guru yang paling berkesan buat kita ialah pengalaman. Justeru, untuk mendapatkan tindakan yang paling efektif, carilah guru yang berpengalaman dalam bidang yang kita ceburi.

Apabila kita katakan kita mempunyai impian. Wajib untuk kita tuliskan impian-impian yang kita sudah putuskan. Dengan menulis impian, ia menunjukkan komitmen kita untuk capai apa sahaja yang kita impikan. Apabila sudah menulis, bacakan setiap pagi segala impian yang kita kejar itu. Justeru, secara automatic kita akan bergerak kearah impian yang telah kita tuliskan tersebut. Jika setiap pagi kita membacanya, dan menjadi ritual harian kita, secara tidak langsung ia akan masuk minda separa sedar kita. Jadi, kita tidak perlu lagi untuk ingatkan selalu, kerana tubuh badan kita akan bergerak mengikut apa yang telah kita fikirkan selama ini.

Semasa membaca impian yang kita tulis, pastikan pernafasan kita sangat baik dan tenang. Aplikasikan teknik nafas damai, buang terlebih dahulu segala memori buruk yang wujud dalam minda, maafkan orang yang pernah lukai hati kita, perlahan-lahan lepaskan segala perasaan-perasaan yang negatif tersebut. Kemudian, setelah segala perasaan-perasaan yang tidak enak sudah berjaya disingkirkan, berdoalah pada Tuhan dengan nafas yang paling menenangkan. Baca satu persatu impian kita, dengarkan di telinga kita, bayangkan di dalam kepala kita bahawa kita seakan-akan sudah mencapai segala apa yang telah kita impikan dan coretkan tersebut. Maka, sebenarnya cita-cita itu sekarang semakin kita hampiri. Yakinlah, bahawa kita akan mencapainya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/