Istiqomah Dalam Ibadat

istiqomah
istiqomah

istiqomah

Apa itu Istiqomah? Istiqomah bermaksud berterusan atau berpegang teguh pendirian dan bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Istiqomah mampu membentuk akhlak dan sahsiah di dalam kehidupan seharian justeru sesuatu amal ibadat tidak dapat dilakukan dengan sempurna jika kita tidak istiqomah seperti firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahqaf ayat ke 13.

Istiqomah mengikut Al Quran dan Al-Sunnah adalah seperti berikut :

  • Mengekalkan solat fardhu berjemaah
  • Sentiasa melakukan solat sunat
  • Istiqomah dalam menutup aurat juga dalam menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT dan lain-lain.

Kita diperintahkan agar beristiqomah di dalam setiap amal ibadat yang kita lakukan meskipun kita tidak mampu melakukan sepenuhnya kerana terdapat hikmah disebalik perintah itu.

Orang yang Istiqomah akan senantiasa :

  • Didampingi oleh para Malaikat
  • Tidak akan ada perasaan takut, sedih dan dukacita
  • Mendapat balasan Syurga seperti firman Allah SWT di dalam surah Fussilat ayat ke 30.

Sesiapa yang istiqomah di dalam kebaikan dan tetap berada di jalan yang benar akan mendapat rezeki yang melimpah ruah seperti firman Allah SWT di dalam surah Al-Jin ayat ke 16.

Untuk kekal istiqomah di dalam ketaatan kepada Allah SWT maka kita harus :

  • Sentiasa berdoa mengharapkan Allah SWT permudahkan urusan ketaatan.
  • Memberikan khusyuk dalam melakukan amal ibadat.
  • Diberi kekuatan untuk beramal dan diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan nafsu dan syaitan yang direjam.
  • Menjaga mata, telinga dan mulut daripada melakukan sebarang maksiat dan kemungkaran.
  • Hadirkan hati bersama Allah SWT ketika beribadat agar memberi kesan dan kesedaran tentang perbuatan sepanjang solat yang dilakukan.
  • Meletakkan “had minima” dalam ibadat harian seperti berusaha tidak meninggalkan solat berjemaah walau lewat mana sekalipun kita solat atau menjadi kemestian untuk baca Al Quran setiap hari walau apa jua rintangannya.

Berusaha tingkatkan ketaqwaan  kepada Allah SWT serta istiqomah di dalam melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya agar diterima amal ibadah kita seperti firmanNya di dalam surah Al-Jin ayat ke 17. Semoga ianya bermanfaat.

Barakallahuliwalakum…

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/