Kesan Buruk Bauksit

Kesan Buruk Bauksit
Kesan Buruk Bauksit

Kesan Buruk Bauksit

Bauksit adalah batu-batuan tanah berwarna kemerahan yang bukan sahaja mengandungi habuk, debu dan tanah liat, tetapi kaya dengan unsur galian seperti unsur aluminium. Ia selalunya didapati di kawasan negara tropika, terutama kawasan yang panas terik dan mempunyai pengaliran air yang baik. Perlombongan bauksit bukan sahaja dilakukan di Malaysia, tetapi juga oleh negara-negara pengeluar utama bijih aluminium dan bijih lain di dunia.

Perlombongan adalah perlu bagi membekalkan sumber galian dan logam yang diperlukan oleh industri dan keperluan serantau. Namun, perlombongan yang tidak terancang akan mengakibatkan pencemaran dan kemusnahan ekosistem sedia ada. Perlombongan bauksit menyumbang kepada pengeluaran dan penghasilan bijih aluminium.  Namun, adalah penting untuk kita mengenalpasti apakah kesan pendedahan bauksit yang berterusan kepada penduduk setempat.

Bauksit

Bauksit

Apakah Kesan Bauksit Kepada Kesihatan?

Biarpun tiada kajian terperinci telah dijalankan berkenaan kesan KHUSUS bauksit terhadap kesihatan manusia, namun semua sedia maklum aktiviti pengorekan tanah dan perlombongan sememangnya akan membebaskan debu dan habuk, samada dari permukaan dan dalam tanah ketika aktiviti pengorekan dijalankan, mahupun ketika proses pengangkutan dan pemindahan dari tapak perlombongan kepada pelabuhan atau pusat pengumpulan.

Secara umum, seperti aktiviti perlombongan yang lain, bauksit juga mengandungi habuk dan debuan tanah. Debuan tanah ini boleh terbebas bukan sahaja di udara, namun boleh terkumpul dan melekat pada permukaan jalan, pakaian mahupun kenderaan yang digunakan oleh penduduk setempat.

Namun risiko terjadinya gejala tersebut bergantung juga kepada tahap kesihatan sedia ada seseorang individu, yang mana akan mudah berlaku pada kanak-kanak mahupun mereka yang sudah tersedia menghidap penyakit paru-paru seperti lelah ‘bronchial asthma’ atau penyakit kronik paru-paru (chronic obstructive airway disease), alahan hidung (allergic rhinitis) dan perokok tegar.

Biarpun bauksit yang dilombong belum lagi diproses kepada bijih aluminium mahupun logam berat lainnya, namun kesan JANGKA MASA PANJANG masih belum dapat dipastikan, terutama risiko SEKIRANYA ADA TERDEDAH kepada aluminium mahupun bijih logam yang lain.

Namun begitu, sekadar pengetahuan, mari kita kenali apakah kesan jangka masa panjang yang boleh terjadi sekiranya berlaku pendedahan berlebihan terhadap aluminium ataupun pengambilan aluminum berlebihan dalam badan kepada paras yang bahaya, tidak kira dari mana sekalipun sumber aluminium tersebut. Antaranya termasuklah sakit sendi dan anggota badan, badan berasa lemah, kerapuhan tulang dan juga dementia atau kemerosotan daya ingatan dan pemikiran. Namun kesan jangka panjang ini juga bergantung kepada tahap pendedahan diri terhadap aluminium dan logam lainnya dan juga tahap kesihatan pesakit serta risiko lain yang sudah tersedia ada.

boksit11

Apakah Yang Boleh Dilakukan?

Sememangnya pencegahan adalah terbaik daripada mengubati. Masyarakat umum boleh mengambil langkah bijak dengan mengelakkan pendedahan secara langsung kepada habuk dan debu. Amalkan memakai “mask” atau menutup mulut dan hidung ketika melalui kawasan yang berhabuk. Amalkan juga pemakanan dan cara hidup yang sihat temasuklah berusaha untuk mengurangkan merokok.

Dengan kata lain, kekerapan pemantauan parameter logam berat di loji penapisan air berdekatan kawasan perlombongan bauksit perlulah dipertingkatkan oleh pihak yang terlibat. Masyarakat umum juga perlulah peka dan terus mendapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya mengalami gejala-gejala yang telah dinyatakan.

Kesimpulannya, pengangkutan dan pemindahan sisa bauksit perlulah dilakukan secara teratur tanpa menyebabkan debu dan sisa berterbangan ke udara secara mudah, mahupun tercemar ke dalam aliran air dan sungai. Kerjasama dan pemantauan daripada semua pihak terlibat amatlah perlu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/