Khasiat Air Nabeez

khasiat air nabeez
khasiat air nabeez

khasiat air nabeez

Apa itu air nabeez? Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasulullah SAW ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat ”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya) ”.

Rasulullah SAW bersabda :

“ Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu ”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

buah kurma

buah kurma

Dari Segi Kesihatan Tubuh Badan, Khasiat Kurma Boleh ;

  1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
  2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolesterol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
  3. Pemberi zat besi yang sangat bagus
  4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung dan menstabilkan tekanan darah.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok-eloknya bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jag air atau gelas. Seelok-eloknya dibuat waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas bertutup. Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air itu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

  1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
  2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut.
  3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.
air rendaman kurma

air rendaman kurma

Pantang Larang Membuat Air Nabeez

Hanya gunakan salah satu daripada buah-buahanan pada satu-satu masa. Tidak boleh campurkan kurma dan kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnya kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum air nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez jika disimpan di dalam peti ais boleh bertahan selama 1 hingga 2 hari.

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan bagus untuk sistem pencernaan badan. Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam erti kata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez mempunyai kadar fiber yang tinggi, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan dan menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Sumber Mengatakan: air nabeez adalah air kegemaran Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan baginda akan meminum air rendaman kurma tu di waktu pagi. Air itu akan diminum oleh Rasulullah SAW dan buah kurma yang dah lembik itu tadi baginda telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/