Khasiat Aiskrim

Aiskrim
Aiskrim

Aiskrim

Admin pasti ramai yang suka makan aiskrim. Sebab apa suka? Hmm.. sebab ia manis, sejuk dan of course lah sedaaapp..! Ada jugak orang yang tak suka aiskrim, terutamanya mereka yang sangat menitik-beratkan penjagaan kesihatan. Dan satu kumpulan lagi ialah geng-geng yang tengah berdiet.. hihi.. aiskrim nie salah satu benda yang cukup pantang.

Bila sebut pasal aiskrim tentu fikiran kita membayangkan kanak-kanak kerana ianya adalah antara makanan kesukaan kanak-kanak. Jika anda tak percaya kalau anak merajuk atau menangis cuba pujuk mereka dengan membelikannya aiskrim pasti senyuman dan keceriaan akan terukir pada wajahnya. Tapi janganlah amalkan selalu ye, sekali sekala je dan tengok juga pada cuaca dan tahap kesihatan anak time tu.

Tapi mungkin ramai yang tak tahu bahawa makan aiskrim nie sebenarnya ada khasiat dan kelebihannya yang tersendiri. Tapi jangan lah pulak makan banyak sangat… itu memang tak bagus ler… hmm… bercakap pasal ‘banyak’ nie, actually apa-apa jenis makanan pun tak elok kalau makan banyak kan.. sebab itulah Nabi berpesan supaya bersederhana dalam apa-apa pun. Biar seimbang.

Khasiat Dan Kelebihan Aiskrim

Ibu-ibu selalunya akan melarang anak-anak kecil makan aiskrim sebab boleh merosakkan gigi atau nanti batuk. Namun, sebenarnya elok untuk bagi anak-anak mengunyah aiskrim sekali-sekala kerana ia membantu menguatkan gigi.

Kunyah aiskrim okey… tapi jangan pula ‘air batu’. Admin dah jumpa beberapa orang yang barisan giginya tersusun kemas. Apabila ditanya camna gigi dia boleh elok sangat, jawapannya ialah kurang minum ais atau air batu. Dan yang lebih penting lagi, kalau minum ais pun, elakkan dari mengunyah ais. Hmm.. patut ler gigi orang-orang Afrika (kalau tengok dalam filem) elok-elok belaka.

Selain itu, jika anak anda batuk, cuba beri aiskrim secara perlahan-lahan. Pegang dan suruh dia makan sikit-sikit. Amalan ini dikatakan membantu melegakan batuk. Batuk yang dialami tu (batuk yang kecil ler..) biasanya akan dapat disembuhkan dalam masa beberapa jam sahaja. Sebaiknya bagi anak makan aiskrim Vanila kerana Vanila boleh membantu melegakan batuk dan juga sakit tekak dan kerongkong.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/