Khasiat Arnab

Khasiat Arnab
Khasiat Arnab

Khasiat Arnab

Pernah tak korang makan daging arnab? Admin rasa macam pernah makan kot masa zaman muda remaja dulu. Makan satay dengan burger dan daging arnab yang dipanggang semuanya admin dah pernah rasa memang sedap rasanya… tapi tak ingat lah pulak camna rasanya sedap yang macam mana tak tau nak admin describe kan macam mana rasanya.. hehe..

Kalau sebelum nie admin PB ada kongsi tentang khasiat tumbuh-tumbuhan khasiat aloe vera dan khasiat daun kesum, haa.. kali nie admin nak share tentang khasiat haiwan yang jinak dan kiut-miut yang dipanggil arnab khas untuk para pembaca SETIA Petua Bahagia yang admin sayangi dan kasihi.

Rupa-rupanya daging dan isi arnab nie banyak kegunaannya. Tapi tak tahulah kenapa ia tak betul-betul dimanfaatkan oleh orang sekarang nie. Mungkin sebab binatang nie comel sangat menyebabkan ramai orang rasa kasihan nak menyembelihnya untuk dimanfaatkan isinya. Last-last end up bela je jadikannya sebagai binatang peliharaan.

Burger Daging Arnab

Burger Daging Arnab

Khasiat Arnab Kepada Kesihatan Manusia

Di bawah ini antara khasiat kegunaan arnab yang boleh dimanfaatkan mengikut petua orang dulu-dulu.

1. Daging 

Masak dan makan daging arnab selama tujuh hari berturut-turut. In shaa Allah akan mengelakkan daripada penyakit batu karang dan rambut cepat beruban.

2. Tulang 

Bakar dan tumbuk menjadi serbuk halus lalu diminum dengan air suam panas. Dikatakan ia mampu membuang angin dan segala lendir yang tak diingini dalam badan.. In shaa Allah. Kalau tak nak minum, boleh juga dicampur dengan air dan jadikan ubat sapu pada bahagian tubuh yang dirasakan banyak angin dalam badan.

3. Bulu 

Kalau dibakar dan diletakkan abu bulu arnab pada luka, boleh membantu menghentikan darah dengan serta-merta.

4. Perut 

Digunakan untuk mengubati penyakit lumpuh dan gila. Cara rawatan ialah dengan mengamalkan untuk menyapu perut arnab ke badan pesakit. Hmm.. tak tahulah setakat mana keberhasilan dan kemujarabannya.

5. Hempedu 

Hancurkan bersama madu dan air didih nasi lalu dimimum oleh wanita yang sudah berumahtangga tetapi sukar untuk memperolehi anak. In Shaa Allah, dengan kuasa dan izin Allah SWT beliau akan mengandung.

Arnab Panggang

Arnab Panggang

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/