Khasiat Biji Betik

Khasiat Biji Betik
Khasiat Biji Betik

Khasiat Biji Betik

Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat. Salah-satunya, untuk menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di usus dan hati kita. Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat lapan kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik bahkan mampu melindungi buah pinggang dari racun yang mencetuskan masalah buah pinggang gagal berfungsi.

Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam bersarang dalam sistem pencernaan manusia. Khasiat biji betik ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

Dengan adanya kandungan ekstrak tersebut, ia mempunyai kesan hipolipidemia dan antioksidan dalam darah yang luar biasa. Kesan hipolipidemia ini, sangat berguna bagi terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

Adapun, saponin yang ada dalam biji betik, bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu.Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah. Kandungan Fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit. Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas

Ada dua cara untuk penyediaan Biji Betik sebagai jus

  1. Pertama, biji betik itu diblender dan disajikan seperti kita membuat jus.
  2. Kedua, dengan mengeringkannya, dan mengisarnya kemudian menyediakannya seperti kita membancuh kopi.

Untuk cara kedua, begini langkah yang perlu dilakukan.

1. Cuci biji betik, lantas jemur 2-3 hari.
2. Setelah kering, blender / tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.
3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat. (Atau boleh dibuat Jus langsung campur buah betik dengan bijinya dan minum 1-2 gelas jus biji betik tersebut setiap hari).

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/