Khasiat Buah

khasiat buah
khasiat buah

khasiat buah

Khasiat buah dan kebaikannya kepada manusia

Tidak dinafikan kebaikan dan khasiat buah jika diamalkan sebagai diet pemakanan kerana ada banyak jenis buah-buahan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sememangnya banyak pilihan jenis buah-buahan tempatan dan luar negara yang diimport ke negara kita dijual di pasar raya dan tiada masalah untuk kita mendapatkannya. Buah-buahan boleh dimakan begitu saja, dibuat ulam-ulaman makan dengan nasi. Kali ini admin ingin berkongsi khasiat buah dan kebaikannya kepada manusia.

1. Khasiat Buah Epal

epal

epal

Khasiat buah epal membantu mengawal tahap gula dalam darah buat pesakit diabetes, merendahkan paras kolesterol, melindungi dari penyakit kanser, alzheimer, menjaga kesihatan tulang dan bagus untuk membantu mereka yang mengidap sakit asma.

2. Khasiat Buah Anggur

anggur

anggur

Khasiat buah anggur membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan mencegah kanser. Ia juga membantu mengurangkan paras kolesterol, melancarkan sistem pencernaan, mengatasi masalah sembelit, meningkatkan kesihatan otak, menghindar kelesuan dan melindungi mata dari masalah katarak.

3. Khasiat Buah Pisang

pisang

pisang

Buah pisang bagus untuk otak, menjadi alternatif memberi tenaga segera, menurunkan tekanan darah dan serangan sakit jantung. Ia juga membantu menyekat kandungan berbahaya dalam oksigen, mengurangkan masalah senggugut bagi wanita, mengurangkan kemurungan, melindungi dari serangan ulser kerana ia mengandungi anti oksida, pelbagai jenis vitamin dan mineral.

4. Khasiat Buah Nenas

nenas

nenas

Buah nenas kaya dengan serat yang berfungsi membantu sistem pencernaan. Ia juga mengandungi vitamin yang membantu melawan virus dan posporus, potasium yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Berfungsi meneutralkan asid dalam badan, menguat dan menyihatkan gusi, mengurangkan kesakitan sendi, masalah otot dan bagus untuk mata.

5. Khasiat Buah Oren

oren

oren

Khasiat buah oren ianya kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Khasiatnya ialah menjaga sistem kardiovaskular, mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, mengawal tekanan darah tinggi, merendahkan paras kolesterol dalam darah, menjaga kesihatan buah pinggang, kulit, membersihkan darah dan membantu melawan jangkitan penyakit.

6. Khasiat Buah Laici

laici

laici

Khasiat buah laici ialah berfungsi membantu mengurangkan berat badan, mengatasi masalah tiroid, anti kedutan, mengurangkan tekanan, mempunyai serat yang tinggi, menjaga kesihatan jantung, menguatkan tulang, mengekalkan kesihatan mata, mengurangkan risiko penyakit anaemia dan menambah kekuatan minda.

7. Khasiat Buah Kiwi

kiwi

kiwi

Khasiat buah kiwi berfungsi dalam membentu menjaga sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, memberi enzim yang diperlukan untuk mencerna makanan, menyingkir sodium yang berlebihan, membantu wanita untuk hamil, mencegah penyakit kanser, mengandungi serat yang tinggi, baik untuk mata dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

8. Khasiat Buah Strawberi

strawberi

strawberi

Buah strawberi dapat membantu menstabilkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem imunisasi tubuh badan, melawan kolesterol, anti bakteria, anti kanser, anti virus, anti penuaan, anti Imflamatori dan baik untuk mata.

9. Khasiat Buah Tembikai

tembikai

tembikai

Khasiat buah tembikai mempunyai alkali tertinggi, mengurangkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, kandungan gula dalam darah, membantu melawan kanser, mencuci buah pinggang, menguatkan tulang, meningkatkan sistem imunisasi badan dan mempunyai kandungan air yang tinggi iaitu 92%.

Oleh itu untuk gaya hidup yang sihat, khasiat buah yang dinyatakan di atas tadi tidak dapat dinafikan lagi kebaikannya kepada manusia. Mulai sekarang dengan menjadikannya sebagai diet pemakanan yang seimbang demi mencapai kesihatan tubuh badan sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/