Khasiat Burung Merpati

burung merpati
burung merpati

burung merpati

Daging burung merpati mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk menjaga kesihatan. Khasiat burung merpati ini memang diakui oleh orang tua-tua boleh menyembuhkan banyak penyakit seperti lemah tenaga batin, penyakit lumpuh, sengal-sengal badan dan bermacam-macam lagi.

Cara nak menikmati daging burung merpati ini boleh dimasak dengan pelbagai cara ikut pada kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue ker atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.

Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:

  • penyakit lembik.
  • penyakit kebas-kebas badan.
  • penyakit lumpuh.

Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:

  • Menguatkan tenaga jimak
  • Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…

daging burung merpati

Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita

Petua nie admin dapat daripada emak admin sendiri. Ia diperturunkan daripada emak kepada emak admin (kira nenek admin ler…).

Menurut ceritanya, arwah nenek admin nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.

Menurut emak admin, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek admin akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya. Dan, mak admin kata ada juga yang pernah jadi mangsa rogol yang datang berubat… hmmm… mintak simpang ler…

Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, emak admin pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati nie 2-3 kali seminggu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/