Khasiat Herba Saw Palmetto

saw_palmetto_prostate

MARI MENGENAL ISI KANDUNGAN VIMAX – Bahagian 4

saw_palmetto_prostate

Buah Saw Palmetto yang kelihatan seperti buah kelapa sawit.

Isi kandungan Vimax yang seterusnya adalah Saw Palmetto. Buah ini berasal daripada luar negara tau. Sangat berkhasiat untuk pemakanan harian lebih-lebih lagi untuk lelaki.. Nak tahu lebih lanjut??.. Boleh scroll dan baca artikel di bawah ni ye..

Saw Palmetto adalah tumbuhan yang termasuk di dalam kumpulan buah berri yang berasal dari Amerika Utara, terutama Florida. Pokok Saw Palmetto berupa pokok sawit kecil yang rendah dan berkembang (Duke, 1985). Ianya adalah makanan ruji dan juga dijadikan ubatan bagi pribumi Florida sebelum ketibaan orang Eropah lagi (Vogel, 1970). Orang asli Amerika menggunakan Saw Palmetto ini untuk merawat sakit perut dan cirit-birit, mereka juga menggunakannya sebagai bahan diuretik dan tonik seksual (Duke, 1985). Sejak tahun 1990-an Saw Palmetto menjadi di antara 10 herba paling laris di Amerika Syarikat.Ekstrak buah ini paling biasa digunakan untuk merawat penyakit pembesaran kelenjar prostat (Wood dan Osol,1943).

Sembilan belas kajian terhadap Saw Palmetto yang bertajuk “ Clinical studies on Saw palmetto” termasuk 7,210 peserta menunjukkan kesan positif Saw palmetto dalam merawat penyakit hiperplasia prostatik benigna ataupun lebih dikenali sebagai BPH (Benign Prostatic Hyperplasia). Penyakit ini adalah masalah pembesaran prostat yang sangat biasa berlaku pada lelaki berumur lebih 50 tahun dan ianya boleh dikesan seawal umur 30 tahun. BPH ini bukan kanser tetapi boleh menjurus kepada kanser jika tidak dirawat (Araki et at.,).

BPH boleh diklasifikasikan sebagai percambahan sel stoma prostat dan menyebabkan pembesaran kelenjar prostat. Ianya secara tidak langsung memampatkan prostat uretra yang menghalang air kencing untuk keluar melalui pundi kencing. Hal ini mengganggu pengaliran air kencing dan menyebabkan ketidakselesaan dan boleh menyebabkan jangkitan kuman (UTI), juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang ( McConnel et al.,).Jangkitan saluran kencing atau lebih dikenali sebagai UTI- “Urinary tract infection” lebih senang untuk dijangkiti wanita kerana mempunyai uretra yang lebih pendek berbanding lelaki, tetapi jangkitan ini boleh dijangkiti oleh lelaki apabila pengaliran air kencing terganggu atau tersumbat dan seterusnya boleh menyebabkan pembentukan batu karang (Kim gibson et al.,).

Saw palmetto sangat berkhasiat terutama untuk kaum lelaki kerana ianya dapat menghalang pengeluaran DHT(Dihydrotesterone-hormon) yang berlebihan yang boleh membawa isu-isu BPH dan masalah prostat.

Saw-Palmetto-DSC

Saw Palmetto yang telah melalui proses untuk dicampur di dalam Vimax

7 KEBAIKAN Saw Palmetto

• Melancarkan pengeluaran air kencing

• Meningkatkan aliran kencing

• Mengurangkan jangkitan pundi kencing (UTI)

• Mengurangkan kekerapan membuang air kecil

• Mempunyai antioksidan yang dapat mengawal “ free radical “

• Meningkatkan keberkesanan enzim dalam tubuh badan.

• Bersifat semulajadi

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/