Khasiat Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara
Khasiat Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil adalah minyak kelapa yang diolah dari bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang baik, sehingga produk yang dihasilkan benar-benar ‘suci’. Minyak kelapa dara ini telah digunakan sejak dari zaman nenek moyang lagi. Bahkan minyak kelapa dara dihasilkan bagi sesiapa yang sentiasa mementingkan kesihatan dan kecantikan tanpa perlu berbelanja dengan kos yang mahal.

Kini minyak kelapa dara mudah untuk didapati sehinggakan ia menjadi sebutan kerana khasiat minyak kelapa dara ini sangat mujarab. Penggunaan minyak kelapa dara dalam pemakanan harian memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Ia juga mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia. Struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu pemprosesan yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah dan  membawa kepada kemudaratan apabila anda memakannya. Pengambilan minyak kelapa dara secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran:

  • Ia membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme.
  • Ia dapat menghasilkan tenaga dengan segera.
  • Jika minyak kelapa dara disapu pada kulit ia akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit dan mengurangkan infeksi dan mencegah garis- garis halus.
  • Ia mengurangkan gejala psoriasis dan dermatitis.
  • Dapat melembut dan mengurangkan kekeringan kedutan pada kulit.
  • Memberi perlindungan daripada sinaran ultraviolet.
  • Mononucleosis.
  • Influenza.
  • Hepatitis C.
  • Cacar air.
  • Herpes.

Kebaikan minyak kelapa dara sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat seperti:

1. Ia mampu membunuh bakteria yang menyebabkan:

  • Pneumonia.
  • Sakit telinga.
  • Infeksi kerongkong.
  • Gigi berlubang.
  • Keracunan makanan.
  • Infeksi saluran kencing.
  • Meningitis.
  • Gonorrhea.

2. Selain itu, ia membunuh kulat yang menyebabkan:

  • Candida.
  • Membunuh cacing pita.
  • Lice.
  • Giardia.
  • Parasit.

Antara khasiat minyak kelapa dara ialah:

  • Ia membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser usus dan kanser rahim.
  • Ia berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronik.
  • Ia melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Ia meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Ia mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Ia membantu mencegah sakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

Kebaikan minyak kelapa dara dalam perhubungan suami isteri:

  • Ia menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Ia memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir semulajadi (natural).
  • Ia membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Ia amat baik bagi mengatasi masalah menopause wanita.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman:

  • Ia meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal serta mental.
  • Ia dapat memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino.
  • Ia melancarkan perjalanan insulin dan pengaliran glukos dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis.
  • Ia mengurangkan tekanan pada pankeas dan sistem enzim dalam tubuh.
  • Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.
  • Ia mencegah risiko sakit jantung.
  • Minyak kelapa dara juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Kesimpulan

Khasiat minyak kelapa dara yang pelbagai ini tidak memerlukan kos yang tinggi, namun pengambilannya secara konsisten akan memberikan kesihatan yang berpanjangan serta kehidupan yang sihat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/