Khasiat Sayuran Hijau

Khasiat Sayuran Hijau
Khasiat Sayuran Hijau

Khasiat Sayuran Hijau

Orang kata, “Tak kenal maka tak cinta”. Sama lah 2×5 dengan admin pun, dolu-dolu tak berapa suka makan sayuran hijau nie. Sebab apa ntah… tapi memang tak suka. Emak pula selalu pesan kat kami adik-beradik, kalau nak kulit jadi putih, kena banyak makan sayur… Agaknya sampai sekarang ada ibu-ibu yang masih memberi ‘pesanan’ yang sama kat anak-anak.

Anyway, lepas nie kalau anak-anak dah boring ngan tips kulit putih tu, boleh ler kongsi-kongsikan pula pelbagai lagi khasiat sayuran hijau yang admin kongsikan kat bawah ni ye…

Sayuran Hijau dan Khasiatnya

1. Seleri

Kandungan:  Kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitamin A, B-kompleks dan vitamin C serta magnesium.

Khasiat:  Membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Seleri

2. Sawi

Kandungan:  Vitamin A, B, B2, B6, C, zat besi dan protein.

Khasiat:  Mencegah hipertensi dan anemia bagi ibu hamil serta melancarkan pencernaan.

Sawi

3. Salad

Kandungan: Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, magnesium dan zink.

Khasiat: Bertindak menenangkan fikiran, mengandungi karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

Salad

4. Peria

Kandungan: Bahan menyerupai insulin.

Khasiat: Penawar kencing manis, menurunkan paras gula dalam darah dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Peria

5. Asparagus

Kandungan: Kaya ngan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C dan niasin.

Khasiat: Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan eczema. Ia juga mengandungi unsur yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Asparagus

6. Bayam

Kandungan: Vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium, potasium, magnesium, mangan dan zink.

Khasiat: Mencegah anemia dan menambah tenaga.

Bayam

7. Brokoli

Kandungan: Vitamin A, E, C, karotenoid dan asid folate.

Khasiat: Melambatkan penuaan kulit dan mencegah sembelit.

brokoli

8. Kacang Buncis

Kandungan: Kaya dengan protein dan vitamin.

Khasiat: Membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah.

kacang-buncis

9. Kucai

Kandungan: Vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang.

Khasiat: Membantu mengubati penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi, sembelit dan melancarkan pengaliran darah.

kucai

10. Pegaga

Kandungan: Vitamin A, C dan zat besi.

Khasiat: Mencerdaskan pemikiran terutamanya untuk kanak-kanak dan menyembuhkan luka dan kerengsaan kulit.

Pegaga

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/