Ilmu Dengan Berguru

menuntut ilmu
menuntut ilmu

menuntut ilmu

Adakah anda menuntut ilmu dengan berguru atau sekadar melakukan searching di Google untuk membahaskan bab-bab yang berkaitan dengan agama? Fikirkanlah sekali lagi kerana ia akan membawa percanggahan dan maklumat tidak tepat tentang hukum-hakam yang memerlukan kita berguru untuk berilmu.

Khutbah Jumaat kali ini khatib membacakan tajuk Berguru Untuk Berilmu. Apa yang dimaksudkan dengan tajuk khutbah kali ini admin huraikan 13 point-point penting seperti di bawah.

ilmu

ilmu

1. Sebagai umat Islam yang sejati dan beriman, selain berguru untuk berilmu bertakwa kepada Allah SWT serta bersyukur dengan rahmat-Nya semoga hidup kita beroleh panduan dan berada di jalan yang lurus.

2. Rasulullah SAW mengingatkan umatnya akan peri pentingnya menuntut ilmu Ukhrawi dan Duniawi agar kita memiliki pemikiran yang seimbang untuk kehidupan yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

3. Pentingnya ilmu dengan berguru untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amal ibadah dan tidak taksub kepada ajaran atau ajaran tertentu.

4. Ilmu agama yang benar adalah datang dari seorang guru serta pembimbing yang berkelayakan kerana peranan yang dimainkannya untuk membawa seseorang itu ke jalan Allah adalah sangat besar dan penting untuk umat sejagat.

5. Walaupun Nabi Muhammad SAW digelar pembimbing bagi segala pembimbing. namun Allah SWT tetap mengutuskan Malaikat Jibril as untuk mengajar baginda tentang agama Islam.

6. Rasulullah SAW selalu didatangi Malaikat Jibril as lalu bertanya mengenai Islam, Iman, Ikhsan dan tentang Hari Kiamat dan tanda-tandanya lalu Jibril as pergi setelah Nabi Muhammad SAW memberikan  jawapannya. ( HR Imam Muslim ).

7. Hari ini penyebaran maklumat amat banyak dan mudah diakses untuk mencari Ilmu pengetahuan namun perlu seorang guru yang alim untuk memastikan diri kita terpandu dengan panduan yang soheh.

8. Sekiranya seseorang sanggup mengamalkan sesuatu maklumat agama tanpa rujukan guru maka dikhuatiri menjadi punca ke arah kesesatan pada dirinya seperti firman Allah di dalam surah Al-Anbiya ayat ke-7.

9. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud : ” Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan harta benda tetapi mereka hanya mewariskan ilmu.. ” ( HR Al-Tirmidzi ).

10. Seorang guru agama haruslah menjadi contoh dengan menunjukkan akhlak yang terpuji, cintakan keamanan, kebaikan dan kesopanan. Membangun kebijaksanaan, membantu perbaiki hubungan dengan Allah SWT dan insan sekeliling.

11. Ada guru ajaran sesat yang berselindung disebalik ilmu Tassawuf untuk menipu dan mendapatkan pengikut. Dan ada pula yang mengaku memiliki ilmu Makrifat sehingga mengajarkan kepada pengikutnya tidak perlu melaksanakan solat dan lain-lain kewajipan agama.

12. Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT tetap mengamalkan syariat dan melaksanakan solat sehingga bengkak betis dan pecah tapak kaki baginda.

Semoga kita semua berhati-hati dalam hal menuntut ilmu agar tidak terpesong dari ajaran agama Islam sebenar serta memohon kepada Allah SWT agar kita diberi ilmu untuk kebaikan di dunia dan akhirat seperti firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat ke-32.

Semoga bermanfaat. Barakallahuliwalakum…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/