Khutbah Jumaat – Fitnah Dajjal

Dajjal
Dajjal

Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa AS yang di angkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau ┬áturun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al-Munawwarah. Begitu juga dengan makhluk Allah yang paling dilaknat iaitu Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Apa jua berita dari Rasulullah SAW perlu diyakini kebenarannya meskipun ia sukar diterima akal juga merupakan wahyu dari Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud ” Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah terlihat 10 tanda-tanda berikut seperti :

1. Matahari Terbit dari Barat.

2. Munculnya Binatang Yang Ajaib.

3. Keluarnya Imam Mahadi

4. Munculnya Almasih Dajjal

5. Turunnya Nabi Isa AS

6. Keluarnya Bangsa Ya’juj Ma’juj

7. Keluarnya asap atau awan

8. Berlaku Kerosakan Pada Ka’bah (Baitullah)

9. Lenyapnya Al Quran dari mashaf dan hati

10. Keluarnya api dari negara Yaman menghalau manusia ke Padang Mahsyar

Antara Fitnah-Fitnah Dajjal Al Masih

1. Tiga tahun sebelum kemunculan Dajjal, kehidupan manusia dalam kesusahan, kesempitan dan kelaparan akibat kekurangan makanan.

2. Pada tahun pertama kemunculan Dajjal diberitakan 2/3 langit tidak menurunkan air hujan dan pada tahun ketiga pula, bumi langsung tak menurunkan air hujan dan 1/3 tumbuh-tumbuhan tidak tumbuh.

3. Pada waktu itu bekalan makanan manusia yang beriman ialah bacaan tahlil, bertasbih, bertahmid dan takbir.

4. Dajjal yang muncul dari antara bumi Syam dan Iraq akan mengembara ke seluruh pelusuk dunia dan pada awalnya Dajjal akan mengaku sebagai nabi kemudian sebagai tuhan. (Riwayat Abu Amamah Albahili).

5. Dua tempat yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal ialah tanah suci Mekah dan Madinah yang dikawal oleh para Malaikat dan ketika kemunculan Dajjal, bumi Madinah akan bergegar sebanyak tiga kali. (Riwayat Sydina Jabir Bin Abdillah).

6. Dajjal adalah pembawa fitnah yang paling besar dimana setiap kaum yang beriman kepadanya akan diberi air hujan dan bumi yang subur manakala yang menolak ajarannya, buminya akan kering kontang dan lenyap segala kekayaan.

7. Dajjal boleh menghidupkan ibu bapa yang telah meninggal dunia iaitu berupa 2 makhluk syaitan yang akan mengajak anak-anaknya supaya beriman kepada Dajjal. (Riwayat Ibnu Majah).

8. Allah SWT memberi keizinan kepada Dajjal untuk perintah langit dan bumi seperti kelihatan subur dengansegala hasil sebagai fitnah kepada umat manusia.

9. Antara fitnah Dajjal ialah menyediakan 2 jenis sungai yang mengalir deras berwarna putih jernih dan satu lagi seperti api yang menyala-nyala, maka minumlah darinya kerana ia air yang sejuk bukan api seperti dilihat oleh mata. (Riwayat Imam Muslim).

10. Jika ditakdirkan kita masih hidup ketika kemunculan Dajjal maka mohonlah perlindungan Allah SWT, berpegang teguh pada ajaran Islam, tingkatkan keimanan, baca dan hayati ayat Al Quran, tunaikan segala kewajipan dan lain-lain kebajikan untuk mendapat redha Allah.

11. Jadikan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir daripada Surah Al-Kahfi sebagai amalan harian sebagai perisai terhadap fitnah Dajjal serta perbanyakkan doa dari azab api neraka, azab kubur, dan dari fitnah hidup dan mati. (Riwayat Imam Muslim).

Bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya ke atas segala apa yang kita kerjakan seperti firman-Nya di dalam Surah Al-Hasr Ayat ke-18. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/