Khutbah Jumaat – Sifat Munafiq

sifat munafiq
sifat munafiq

sifat munafiq

Sifat munafiq merujuk kepada segolongan manusia yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi pada hakikatnya mereka tidak beriman kepada Allah dan Rasul. Bertaqwa dan tingkatkan keimanan kepada Allah dengan menghindari sifat munafiq agar kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat kelak.

Di dalam hati orang yang munafik terdapat penyakit syak wasangka dan hasad dengki lalu Allah SWT menambah lagi penyakit itu dan mereka akan beroleh azab siksa seperti firman Allah di dalam surah Al-Baqarah/8-10. Batin orang yang mempunyai sifat munafik tampak kufur ingkar kerana mereka menolak hukum-hukum Allah dan apabila ayat-ayat Allah diturunkan mereka mendustakannya dan di akhirat mereka tergolong di dalam kumpulan orang-orang yang tak beriman.

Tanda orang yang mempunyai sifat munafiq itu apabila pendiriannya tidak tetap sama ada berpihak kepada golongan yang kafir dan tidak pula berpihak kepada golongan orang yang beriman seperti firman Allah di dalam surah An-Nisa’/143. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: ” bersegeralah kamu dengan melakukan amalan-amalan mengikut ajaran Islam. Jangan sanggup menjual agama dengan sebab kebendaan daripada dunia “ (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Jauhi bersama golongan yang mempunyai sifat munafiq ini yang suka mempersenda ayat-ayat Allah SWT dan hukum-hukumNya kerana Allah akan menghimpunkan mereka dengan orang kafir di dalam Neraka jahanam seperti firmanNya di dalam surah An-Nisa’/140. Nabi Muhammad SAW bersabda: ” tanda orang munafiq ada 3 iaitu apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat ” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Firman Allah surah An-Nisa’ ayat 145 mengenai orang yang mempunyai sifat munafiq bermaksud: ” Sesungguhnya orang-orang munafiq itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan di dalam Neraka) dan tiada sesiapa pun boleh menolong mereka “

Kesimpulannya, sifat munafiq adalah sifat yang sangat terkeji. Oleh itu kita haruslah segera bertaubat memohon keampunan dari Allah SWT jika diri kita mempunyai ciri-ciri sifat yang disebutkan tadi. Semoga kita semua senantiasa berada di bawah rahmat dan keredhaan Allah SWT dan mati di dalam Husnul Khotimah.

Barakallahuliwalakum..

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/