Klitoris Organ Seks Orgasme Isteri

Organ Seks Klitoris Dirangsang

Organ Seks Klitoris Dirangsang

Klitoris (clitoris) atau kelentit adalah satu tisu pada kemaluan wanita. Tisu ini membentuk benjolan di atas saluran kencing pada kemaluan wanita. Ramai yang beranggapan bahawa bahagian ini hanya biji kecil pada faraj wanita. Tetapi sebenarnya organ ini adalah lebih panjang dan tertanam di dalam tubuh wanita. Biji kecil yang berada di luar kemaluan dikenali sebagai kelenjar klitoris (clitoris glands). Masyarakat kita lebih mengenali bahagian ini sebagai biji kelentit.

Kilotris atau kelentit, satu perkataan yang sering bermain-main di minda kaum lelaki, terutama para suami. Kilotris atau lebih dikenali sebagai biji kelentit adalah satu topik yang jarang dibincangkan kerana ramai menganggap topik ini agak sensitif, malah perkataan itu sendiri jarang anda dengar diucap secara terbuka berbanding organ seksual yang lain seperti payudara, atau faraj wanita.

Jangan terkejut jika admin katakan ada para suami yang masih tak tahu kewujudan organ seks yang dinamakan klitoris ini. Kalau tahu pun, ramai yang masih tak tahu fungsi sebenar bahagian ini, bagaimana bahagian ini mempengaruhi ghairah wanita, dan yang paling penting bagaimana untuk ‘bermain-main’ dengan bahagian panas ini untuk membuat isteri puas dalam hubungan seks.

 

kelentit

Dalam erti kata lain, struktur bahagian ini adalah sama seperti zakar. Batang klitoris yang tertanam di dalam tubuh wanita adalah sama dengan batang zakar, manakala kelenjar atau biji yang menonjol di kemaluan wanita saling tak tumpah seperti kepala zakar. Kepala zakar adalah bahagian yang paling sensitif pada zakar anda, begitu juga dengan klitoris atau kelentit isteri.

Saiz Klitoris Setiap Wanita Berbeza

Saiz klitoris atau kelentit untuk setiap wanita tak sama, seperti organ-organ lain pada tubuh. Oleh kerana tisu pada bahagian ini adalah sama dengan tisu pada zakar, saiz klitoris dipengaruhi secara tidak langsung oleh faktor genetik, dan juga hormon yang mempengaruhi saiz zakar. Ada wanita yang mempunyai saiz klitoris yang besar, di mana kelenjar klitoris, atau bijinya lebih menonjol dan memanjang ke luar. Ada juga wanita yang mempunyai klitoris mereka bersaiz kecil dan bijinya hampir tidak kelihatan langsung.

Wanita yang mempunyai hormon testosteron yang tinggi akan mempunyai saiz klitoris yang besar. Anda boleh lihat sendiri kebanyakan ahli bina badan wanita yang mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan hormon tersebut akan mempunyai saiz klitoris yang besar. Sebenarnya saiz biji bahagian ini tidak memainkan peranan pada tahap sensitiviti. Ini kerana saraf rangsangan yang terdapat pada penghujung biji bahagian ini adalah sama untuk setiap wanita, dan hanya faktor ini yang menentukan tahap sensitivitinya.

Fungsi Klitoris Yang Ramai Tak Tahu

Fungsi sebenar organ ini hanya diketahui pada abad ke-16. Itu pun pakar-pakar perubatan masih berbalah tentang fungsi sebenar organ ini pada tubuh wanita. Walau bagaimanapun, mereka bersetuju bahawa fungsi sebenar organ ini pada tubuh wanita hanyalah sebagai organ rangsangan seks. Ini berbeza dengan organ seksual lain pada tubuh isteri anda seperti payudara dan faraj, di mana bahagian-bahagian ini mempunyai fungsi lain selain daripada untuk menerima rangsangan ketika seks.

Jika organ seks ini dan bijinya berfungsi hanya sebagai organ rangsangan seks, sudah pasti amat rugi sekali sekiranya anda tidak bermain-main dengan organ ini ketika seks.

Kelebihan Klitoris Berbanding Organ Seks Lain

Klitoris isteri anda mempunyai beberapa kelebihan berbanding organ seks yang lain pada tubuh beliau. Sudah pasti kelebihan yang paling utama ialah organ ini hanya berfungsi sebagai organ seks, iaitu hanya untuk menerima rangsangan dari pasangan ketika hubungan seks.

Tetapi saya pasti anda tak tahu bahawa klitoris tidak akan dimakan usia. Ini bermaksud setelah wanita mencapai akil baligh, tahap sensitiviti pada bijinya adalah sama sepanjang usia beliau. Walaupun saiznya akan berubah dengan meningkat usia, tahap sensitivitinya masih sama. Ini berbeza dengan payudara, faraj, bibir faraj, lubang faraj, dan g-spot, di mana bahagian-bahagian tubuh ini akan berubah tahap sensitiviti dengan perubahan usia.

Biji kelentit juga adalah bahagian yang paling sensitif pada kemaluan wanita. Organ ini mempunyai sekurang-kurangnya 8000 penghujung saraf, iaitu dua kali ganda daripada penghujung saraf yang terdapat pada kepala zakar, jari, bibir dan lidah! Dan kelebihan biji kelentit yang paling penting untuk anda sebagai suami ialah; Semua wanita akan klimaks dan puas apabila organ ini dirangsang (jika betul tekniknya). Malah boleh dikatakan majoriti wanita boleh klimaks lebih dari 1 kali hanya dengan mengenakan rangsangan pada bahagian ini.

Merangsang Biji Kelentit Untuk Puaskan Isteri

Terdapat dua teknik untuk anda merangsang organ seks ini. Teknik yang pertama ialah dengan menggunakan tangan atau jari anda, dan teknik yang ke dua pula ialah dengan rangsangan seks oral, atau menggunakan bibir dan lidah anda.

Walau bagaimanapun, anda harus tahu yang anda tidak boleh terus merangsang bahagian ini ketika memulakan aktiviti seks. Bahagian tubuh ini adalah bahagian yang sangat-sangat sensitif dan perlu dirangsang secara lembut dan perlahan-lahan.

Dalam erti kata lain, jangan gelojoh jika anda ingin puaskan isteri anda melalui biji kelentit beliau.

Teknik yang betul ialah dengan memulakan foreplay atau pemanasan pada zon erotik yang lain dahulu pada tubuh isteri anda, dan apabila beliau benar-benar ghairah, barulah mula bermain-main dengan biji organ seks ini.

Rangsangan Jari

Rangsangan menggunakan jari adalah cara yang paling mudah untuk membuat isteri anda ghairah. Anda boleh menggosok, menggentel dan memicit bijinya dengan jari. Teknik jari terbaik untuk merangsang zon ghairah isteri yang ini adalah dengan memulakan rangsangan di sekeliling kawasan bahagian ini terlebih dahulu. Jangan terus halakan jari anda ke bijinya.

Anda boleh mengurut lembut tundun isteri. Secara tidak langsung tekanan yang anda berikan pada bahagian ini akan dirasakan oleh batang kelentit isteri. Urut dengan perlahan-lahan, jangan menekan terlalu kuat. Kemudian larikan jari anda ke kawasan di sekeliling bijinya. Anda boleh menggosok lembut pada kawasan ini. Anda boleh lihat bagaimana ghairah isteri meningkat.

Apabila anda rasakan beliau sudah bersedia, gosok perlahan-lahan permukaan bahagian ini. Pada waktu ini beliau sudah terangsang sepenuhnya dan akan menggeliat kesedapan dengan tindakan anda. Anda juga boleh menekan perlahan-lahan biji kelentit beliau, atau gentel dan picit dengan jari anda, juga dengan lembut dan perlahan-lahan.

Anda mungkin merasakan lebih kuat anda gentel atau picit, beliau akan lebih ghairah. Malangnya tidak. Kata kunci di sini ialah dengan lembut. Jika akan melakukannya dengan keras, isteri anda akan sakit kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, bahagian ini sangat-sangat sensitif terhadap rangsangan fizikal. Lebih buruk lagi isteri anda akan hilang mood untuk bersama. Oleh itu pastikan anda melakukan rangsangan ini dengan lembut.

Mungkin sukar untuk anda menahan nafsu apabila merangsang bahagian ini dengan jari. Tambahan lagi dengan melihat isteri menggeliat kesedapan dengan nikmat. Tetapi dengan latihan teknik ini akan menjadi semakin mudah. Jangan lupa pula gunakan tangan yang satu lagi untuk merangsang bahagian tubuh isteri yang lain. Berikan nikmat sepenuhnya kepada isteri anda.

Rangsangan Bibir & Lidah

Salah satu lagi cara untuk merangsang biji kelentit adalah dengan seks oral, atau menggunakan bibir dan lidah anda. Bibir dan lidah mempunyai saraf deria yang lebih berbanding jari. Oleh itu sudah pasti rangsangan dengan organ ini akan memberi nikmat yang lebih pada isteri anda. Tambahan lagi mulut mempunyai pelincir semula jadi, iaitu air liur yang akan membuat kawasan biji kelentit isteri basah dan mengelakkan beliau merasa sakit ketika anda menggomol kawasan ini.

Tekniknya adalah sama dengan menggunakan jari. Tetapi anda boleh menambah satu teknik yang hanya boleh dilakukan dengan mulut anda, iaitu menghisap biji kelentit isteri. Kuasa sedutan dengan mulut anda pada kawasan ini akan membuat isteri anda hilang kawalan diri dan silap hari bulan akan klimaks tanpa beliau sedari.

Teknik ini lebih hebat dan berkesan berbanding jari, tetapi sukar dilakukan dengan betul. Seringkali suami gagal mengawal lidah mereka dengan sempurna untuk memberi kepuasan kepada isteri. Malah ada suami yang hilang mood kerana berasa lenguh pada rahang, dan terpaksa memperlahankan rangsangan yang sedang dilakukan pada isteri. Seperti juga dengan teknik jari, dengan latihan teknik seks oral ini akan menjadi lebih mudah dilakukan.

Gunakan Ilmu Ini Untuk Buat Isteri Puas

Anda telah tahu apa itu klitoris, fungsi dan kelebihan zon erotik ini dan bagaimana untuk merangsang bahagian organ seks ini untuk membuat isteri puas dalam hubungan seks. Sudah tiba masanya anda menggunakan ilmu ini untuk memberi nikmat berganda kepada isteri anda. Selepas ini, luangkan sedikit masa untuk merangsang biji kelentit isteri ketika aktiviti di ranjang.

Jika sebelum ini anda mempunyai masalah untuk puaskan dan pancutkan isteri dalam seks, selesaikan masalah anda dengan teknik membelai biji kelentit isteri dan buat beliau menggeliat kesedapan di ranjang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/