Kuasa Cinta

cinta
cinta

cinta

Kuasa cinta ialah suatu tenaga luar biasa yang mempunyai tenaga paling kuat dan berbisa. Dalam pelbagai jenis tenaga, kuasa cinta inilah tenaga yang paling kuat dan ampuh untuk menghadapi segala cabaran dan musibah yang mendatang. Jika ada kuasa cinta, ada lagi hal yang bermasalah, kerana kita sentiasa mempunyai waktu untuk apa yang kita cintakan. Inilah kuasa cinta yang ajaib, adakalanya boleh sahaja membuatkan kita seolah-olah gila melakukan sesuatu pekerjaan. Ia amat penng untuk kita sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan, perlunya wujud rasa dan mempunyai kuasa cinta yang mendalam terhadap pekerjaan tersebut.

Apabila kita mencintainya, tiada keberatan untuk kita lakukan pekerjaan tersebut dengan sepenuh hati. Ia akan kelihatan mudah, walaupun sukar di mata orang lain. Dalam hidup kita hanya mempunyai dua pilihan, sama ada mencintai apa yang kita lakukan,
atau pun melakukan pekerjaan yang kita cintai. Sekiranya kita mampu memilih salah satu daripadanya untuk diterapkan dalam diri semasa melakukan pekerjaan tersebut, hidup kita akan sentiasa bahagia dan tenang kerana kita melakukan perkara yang kita sangat cintai. Perkara yang susah akan kelihatan mudah, perkara yang mengambil masa yang panjang, bakal terasa seperti pendek.
Begitulah hebatnya kuasa cinta sekiranya kita mampu menguasainya. Bukan sekadar itu, segala masalah yang datang menimpa bertubi-tubi turut mudah diselesaikan kerana kita mencintai usaha bagi menyelesaikan masalah tersebut. Justeru, harus untuk kita salurkan kuasa cinta yang kita miliki terhadap saluran yang bersesuaian. Kita dak boleh mencintai pekerjaan yang jahat dan menyusahkan orang ramai. Elakkan diri dari bergelumang dalam kancah jenayah, sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan maka ia sudah pun menjadi tabiat kita di dalam menyalahgunakan kehebatan kuasa cinta.
Cintailah kebaikan, justeru kita juga bakal menerima tempias kebaikan yang kita lakukan. Kuasa cinta juga ialah kuasa luar biasa hebat, jika kita mencintai seseorang sekelip mata ia mampu membuatkan diri kita berubah secara tidak sengaja. Kita mungkin tidak sedar bahawa kita sudah berubah untuk mengejar orang yang kita cintai. Perkara yang paling susah ialah untuk menerapkan kuasa cinta tanpa syarat dalam semua keadaan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/