Kucing Tidak Najis

kucing selebriti oh my jep
kucing selebriti oh my jep

kucing selebriti oh my jep

Nabi Muhammad SAW menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing kerana ianya tidak najis.

Abu Qatadah Radliyallaahu ra berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah SAW menuju ke arah bekas tersebut. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah SAW berhenti sehingga ia berhenti minum lalu berwudhuk.

Rasulullah SAW ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumahtangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah ra semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah ra, tenyata Aisyah ra sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.

Sayangnya, setelah Aisyah ra menyelesaikan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan haiwan tersebut, ‘‘Aisyah ra. membersihkan bahagian yang disentuh oleh haiwan tersebut, lalu Aisyah ra memakannya.

Rasulullah bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah”. Aisyah ra juga pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, dan bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW iaitu Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW terhadap haiwan.

Rasulullah SAW berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah SAW juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi Muhammad SAW turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan di rumahnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/