Kunci Kebahagiaan Suami Isteri

Kunci Kebahagiaan Suami Isteri

Kunci Kebahagiaan Suami Isteri

Kunci kebahagiaan suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga yang berkekalan sebenar itu terletak pada sifat kesabaran yang tinggi. Terimalah pasangan anda seadanya seperti mana yang anda kenal sewaktu bercinta-cinta dahulu. Andai ada di antara kamu yang tersilap langkah maka tunjukkan jalan, perbetulkan dia dengan kelembutan dan kasih sayang. Saling menjaga hati sesama pasangan, InsyaAllah mahligai perkahwinan yang dibina akan dapat

Kunci Kebahagiaan Suami Isteri

Pada entri kali ini admin ingin berkongsikan sedikit artikel yang telah dipetik dari salah sebuah website berkenaan dengan persoalan kenapa lelaki sanggup menceraikan isteri pertama yang cantik dan mengahwini isteri baru yang kurang cantik. Hmmm… Pelik bukan? Jom kita telurusi artikel tersebut seperti di bawah ini.

Aku tak tahulah apa sebenarnya masalah Awie, AC Mizal atau Ustaz Akhilehay bercerai dengan isteri pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak tapi tidaklah secantik yang pertama. Aku tak tahu sebab artis bila ditanya kenapa bercerai. Jawapan mereka, ‘sudah tiada jodoh”.

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih-lebih pula. Tutup aib orang itu adalah sifat orang Islam yang bertaqwa. Amin.

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik dan berdahi licin. Tapi lepas aku dah kahwin dan bila kau dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai dan bini baru yang kurang cantik. Disebabkan mereka adalah member aku jadi aku telah tanya secara serkap jarang dan bahan gambang. AKhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadis Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua isteri orang yang cantik dan perasan cantik! Terdapat 2 perkara yang sangat penting dalam rumahtangga yang sering dianggap remeh oleh orang perempuan tetapi sangat besar di sisi lelaki.

1. Sila teman suami ketika waktu makan. Tolong!

Bila berbicara tentang makan, ramai perempuan yang bagus bab memasak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, menjaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan saya sudah siapkan semua hidangan tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah!? Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh bukan tetapi hakikatnya perkara ini adalah sangat BAHAYA!. Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumahtangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai. Setelah aku selidik hmmm terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah; selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu ditemani isteri.

Puan-puan sekalian, kewajipan isteri bukan sahaja memasak, membeli makanan di kedai dan itu tidak menjadi kesalahan tapi jika tidak menemani suami makan adalah satu kesalahan dan akibatnya suami anda akan mudah bergaduh dengan anda dan akhirnya boleh menghampiri bercerai. Naduzubillah.

Layanlah suami anda ketika makan, ada disebut dalam hadis. Menurut Buznama lagi, makan seoang diri akan ditemani syaitan kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah. Jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaitan hasut suami korang ceraikan korang dengan talak lapan… jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak? Perkara membiarkan suami makan seorang bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan. Suami pun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri sentiasa meneman tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak lalu tinggal suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kencing syaitan!.

Apa lagi nak dikata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya hodoh, mulut laser, perangai boleh tahan cerewetnya tapi pakcik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal dunia awal tahun lepas. Selepas dikorek rahsia kenapa dia boleh bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu maka jawab bekas suaminya, ‘isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera sekalipun arwah tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis”. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian!!!

Ini adalah perkara serius untuk diambil perhatian oleh suami isteri di luar sana. Tolonglah menemani suamimu makan. Berbicaralah apa sahaja isu yang sesuai di waktu makan. Bagus jika anda bercerita tentang agama tapi jika lemah iman bolehlah juga bercerita tentang perkara dalam kain dan jika tiada selera, jamahlah sedikit walau sesuap nasi pun. Jangan anda membiarkan suami makan seorang diri kerana ini akan membuka jalan untuknya mencari teman di luar dan akibatnya rumahtangga anda menjadi bergelora. Ingat, tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumahtangga anda dikacau syaitan.

2. Jika menolak untuk bersetubuh atas sebab yang patut, jangan lupa ganti balik seberapa segera yang boleh. Tolong!

Menolak ajakan bersetubuh dan suami diam sahaja. Mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa-apa tetapi pada hakikatnya suami mungkin sedang memgalami kecederaan dalaman lalu air sudah naik kepala dan meleleh hingga ke telinga. Perkara ini bahaya jika isteri memandang remeh. Jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadis yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika anda menolak bersetubuh. Satu hadis lagi juga ada menyatakan, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta pun tak boleh tolak.

Arghh, tak perlu rasanya aku bercerita panjang lebar tentang bab ini. Harap semua faham betapa pentingnya kepuasan seks dalam meningkatkan hubungan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga. Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh dan andai kata puan-puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut seperti demam, pening kepala atau lain-lain tapi jangan lupa qadha semula seberapa segera apabila anda sudah pulih dari semua itu. Kalau boleh lafazkan dengan kata-kata :

“Abang, semalam saya minta maaf sangat sebab kepala pening sangat tapi sekarang sudah sihat jom kita qadha bersetubuh!”.

InsyaAllah, jika isteri yang berbuat demikian maka suami anda akan fikir beratus-ratus kali sebelum mahu bercerai. Cukup sampai di sini sahaja karang nanti naik syeikh pulak orang yang belum kahwin baca bab ini.

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka kereta mayat ini baik-baik ya ;

“Apa guna berbini cantik,

Bila makan tidak meneman,

Apa guna isteri romantik

Jika selalu mengelak di ranjang”

Semoga info di atas dapat memberi manfaat buat suami isteri sekalian.

kunci kebahagiaan rumahtangga

P/S : Hati manusia memang sukar untuk dibaca dan diramal. Itu semua rahsia Allah yang maha mengetahui. Kita manusia hanya merancang sahaja. Solusi Masalah Hubungan Suami Isteri KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kunci Kebahagiaan Suami Isteri”

  1. […] 17. Sewaktu hubungan anda dilanda badai, berusahalah untuk menyelamatkan atau mempertahankan keharmoniaan rumahtangga. Jangan buat perkara yang tidak disukai isteri. InsyaAllah jika suami berbuat baik kepada isteri, Allah akan gandakan kebaikan isteri kepada anda. Kunci Kebahagiaan Suami Isteri KLIK SINI […]

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/