Lelaki Kaki Pukul

Lelaki Kaki Pukul
Lelaki Kaki Pukul

Lelaki Kaki Pukul

Lelaki kaki pukul adalah seorang lelaki yang dayus. Ini kerana lelaki kaki pukul ini hanya berani memukul wanita sahaja dan bila berhadapan dengan lelaki lain dia secara automatik jadi kecut perut. Apa yang menyebabkan seseorang lelaki itu menjadi kaki pukul? Banyak punca yang boleh dikaitkan di antaranya ialah panas baran, pengaruh dadah dan alkohol juga akibat tekanan perasaan apabila menghadapi masalah besar yang tidak boleh diselesaikan seperti berhutang dengan along atau ceti haram.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan video rakaman CCTV dalam lif sebuah hospital dimana seorang penjawat awam memukul isterinya dihadapan anak-anak yang masih kecil. Rata-rata memberikan reaksi negatif terhadap kes ini. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi isteri dipukul dihadapan anak-anaknya.

Apa yang perlu kamu lakukan sekiranya pasangan kamu adalah seorang kaki pukul?

1. Kenali Pasangan Kamu

Sebelum menjalani hubungan yang lebih serius, uji pasangan kamu dahulu. Sekiranya dia seorang yang cepat naik angin dan panas baran, dia mungkin seorang calon kaki pukul. Perhatikan cara dia mengamuk, jika dia suka menghentak barang atau membaling objek, kamu dah boleh mula ambil langkah menjauhkan diri.

2. Jangan Mencabar Pasangan

Kadang-kadang apabila berlaku pertengkaran, emosi seseorang itu sukar untuk dikawal. Ketika ini, kawal perasaan kamu dan cuba tenangkan pasangan. Jangan sesekali mencabar atau melakukan provokasi pada si dia kerana itu mungkin akan menimbulkan rasa geram dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

3. Tindakan Ganas Pertama

Jika kamu dipukul untuk pertama kali dan ia meninggalkan kesan, ambil gambar kesan tersebut dan catatkan masa dan tarikhnya sebagai bukti. Kerana ini mungkin permulaan untuk keganasan yang seterusnya. Jangan melawan, sebaliknya cari peluang untuk lari keluar rumah atau ke tempat yang ramai orang. Jika ia berulang, rekod semua bukti setiap kali kamu di pukul.

4. Kongsikan Cerita

Wanita yang menjadi mangsa lelaki kaki pukul selalunya degil dan lembut hati. Mereka percaya yang pasangannya perlu diberikan peluang kedua, ketiga, keempat dan kelim untuk berubah. Jika kamu tidak berhajat untuk melaporkan hal ini, kongsikan cerita pengalaman kamu dengan teman rapat supaya apabila sesuatu yang teruk berlaku kamu ada back up.

5. Laporkan

Jangan tunggu sampai patah riuk baru nak ambil tindakan. Sayang itu ada hadnya. Laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa supaya kamu dapat pengadilannya. Ketika inilah gambar bukti-bukti yang kamu di pukul oleh lelaki kaki pukul tadi berguna untuk urusan perundangan.

P/s : Pesanan kepada semua wanita supaya jangan membenarkan diri kamu menjadi mangsa pukul lelaki. Ambil tindakan yang sewajarnya supaya hak kamu dapat di bela.

Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636 atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8323 1000 untuk mendapatkan perlindungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/