Lelaki Maskulin

lelaki maskulin
lelaki maskulin

lelaki maskulin

Apa itu lelaki maskulin?

Lelaki maskulin biasanya berkait rapat dengan kebersihan, perwatakan, penampilan, gaya yang trendy menjadi rebutan ramai wanita diluar sana. Artis-artis di Malaysia yang mendapat gelaran lelaki maskulin antaranya ialah Remy Ishak, Fahrin Ahmad dan Adi Putera.

Namun apa yang ingin admin kongsikan disini ialah panduan penjagaan diri yang harus di jaga untuk anda kelihatan seperti lelaki maskulin yang sejati.

1. Potongan Kuku Jari Pendek Dan Bersih

Untuk menjadi lelaki maskulin yang utama anda harus pastikan penjagaan kuku yang rapi dengan memastikan potongan kuku jari sentiasa pendek, kemas dan bersih. Sama ada anda perlu pergi untuk dapatkan manicure di mana-mana salun untuk memastikannya kemas. Kuku sentiasa menjadi tumpuan orang bila anda keluar dan bersosial dengan kawan-kawan ataupun membeli belah di khalayak ramai.

2. Kebersihan Oral

Kebersihan oral yang dimaksudkan adalah dengan menggosok gigi dan berkumur dengan listerine. Ini penting untuk memastikan tiada nafas berbau ketika anda berhadapan dengan orang ramai. Lelaki maskulin harus pandai menjaga kebersihan mulut dan jika boleh gosok gigi atau berkumur selepas makan.

3. Diet Dan Senaman

Lelaki maskulin harus mengamalkan cara hidup yang sihat dan amalkan pemakanan dan diet yang seimbang. Lakukan senaman dengan lebih kerap, elak ambil makanan segera jika boleh, tambahkan makan buah-buahan dan sayuran segar. Ini membantu anda untuk lebih bertenaga di samping menjaga kulit dan rambut anda agar kelihatan lebih sihat.

4. Mandi Dan Gunakan Deodorant Atau Perfume

Sebagai seorang lelaki maskulin pastikan anda kerap mandi dan kalau boleh mandi 3 kali sehari untuk menghilangkan peluh yang berbau. Jika anda seorang yang aktif dan cepat berpeluh pastikan selepas mandi pakai deodorant atau perfume yang boleh bertahan lama.

5. Potongan Gaya Rambut

Dapatkan gaya potongan rambut yang menarik sesuai dengan bentuk wajah dan jenis rambut anda. Lelaki maskulin biasanya akan mengikuti perkembangan fesyen dan gaya potongan rambut yang terkini dan trendy. Dapatkan khidmat nasihat daripada pendandan rambut anda mengenai gaya potongan rambut yang sesuai dengan anda.

6. Minum Air Masak

Banyakkan minum air masak dalam sehari. Cuaca yang tidak menentu dan panas yang melampau boleh menyebabkan badan dehidrasi. Minum air masak juga bagus untuk penjagaan kulit dan membantu di dalam proses pencernaan.

7. Cukuran Yang Rapi

Dunia lelaki maskulin memang tidak boleh dipisahkan dengan kumis, janggut dan jambang. Bagi yang mempunyai 3 elemen tadi pastikan anda kerap membuat cukuran yang rapi untuk kelihatan hebat dan menarik.

8. Penjagaan Kulit

Kenali dan ketahui jenis kulit anda, dan gunakan produk yang serasi dan sesuai mengikut kulit. Jika kulit anda berminyak, gunakan pelembap bebas minyak begitu juga untuk kulit yang sensitif gunakan pelembap yang mengandungi pelindung sinaran matahari.

9. Penjagaan Muka

Sentiasa amalkan penjagaan muka dengan melakukan scrub dua kali seminggu dengan menggunakan pencuci muka dan gunakan pelembap muka yang sesuai.

10. Penjagaan Mata

Eyebag adalah masalah atau musuh yang paling tidak disukai oleh lelaki maskulin, ini berlaku apabila anda kerap berjaga malam atau kerap tidur lewat. Garis kedut akan kelihatan pada eyebag dan anda akan nampak lebih tua dari usia sebenar. Gunakan krim mata dan sebelum itu dapatkan nasihat daripada doktor untuk jalan penyelesaiannya.

Nampak macam agak rumit kan? ingat wanita je ke yang perlukan dapatkan rawatan kecantikan dan pergi ke salun-salun kecantikan. Untuk menjadi seorang lelaki maskulin bukannya semudah yang disangka ia sama seperti wanita kelihatann cantik dan menarik perlukan penjagaan yang rapi dan penekanan pada faktor kebersihan diri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/