LGBT

LGBT

lgbt-no-1-1

Apa itu LGBT ? LGBT bermaksud Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat Petua Bahagia.. Untuk bahagia dalam hidup ini, kita memerlukan pasangan yang dapat memahami, dapat membantu dan yang lebih penting menyayangi diri kita. Hal ini kerana, kasih sayang itu lebih bermakna dari segalanya. Bila kita bercakap tentang kasih sayang ini mestilah merujuk kepada ikatan kasih yang merujuk pada sepasang kekasih.. sekarang ni admin nak kena tanya.. siapa pilihan anda?.. Adakah anda tergolong dalam golongan gay?..lesbian?.. Biseksual ?..atapun Transeksual?..omnomnom!!! takut pulak admin sekarang ni macam-macam dah berlaku..yela akhir zaman.. admin tak nak cakap lebih..nanti kena kecam.. meh kita bincang-bincang ape sebenarnya LGBT (Lesbian,Gay, Biseksual & Transeksual). Masyarakat LGTB ini sebenarnya terdiri orang-orang daripada semua kaum, sosio-ekonomi, agama dan umur serta latar belakang.

 Lesbian – Wanita yang tertarik kepada wanita.

 Gay – Lelaki yang tertarik pada lelaki.

 Biseksual – Seseorang yang tertarik kepada lelaki dan wanita.

 Transgender/transeksual  –Ketidaksamaan identiti gender seseorang terhadap jeniskelaminnya contohnya mengubah alat kelamin dari lelaki menjadi wanita.

LGBT

LGBT

Sebenarnya apa yang menyebabkan mereka berasa ingin menjadi begini?..

1- Merasakan homoseksual adalah perkara biasa.

2- Tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup.

3- Pengalaman buruk tentang percintaan dan juga asuhan keluarga yang membuatnya cenderung ke arah LGBT contohnya ibu yang dominan dalam mengasuh dan tiada contoh lelaki yang boleh diikuti mendorong anak lelaki mempunyai naluri kewanitaan yang lebih.

4- Pengaruh seks yang membuat mereka terjebak ke kancah LGBT.

5- Penyakit psikologi ataupun faktor kelainan otak dan genetik.

Amerika Syarikat adalah salah satu Negara yang membenarkan LGBT di negaranya. Mereka yang sebegini dilindungi dibawah akta perlindungan hak asasi yang dilancarkan pada tahun 2011 dan mereka dijamin hidup bebas tanpa diskriminasi. Hal ini cukup membimbangkan kerana ditakuti ianya menular di Malaysia. Bagaimana LGBT pada mata pandangan Islam?.. Islam adalah agama yang syumul dan suci dan hanya menghalalkan ikatan perkahwinan diantara berlainan jenis. Terdapat kebaikan yang sangat banyak didalam perkahwinan itu kerana Islam menggalakkan perkahwinan bukan sekadar untuk memenuhi nafsu semata, tetapi juga untuk membentuk keluarga sakinah dan mengembangkan keturunan umat Islam. LGBT menurut Islam adalah perbuatan yang dan melanggar fitrah manusia. Sebenarnya LGBT ini telah berlaku di zaman Nabi Luth as lagi. Pada zaman itu pelaku homoseks telah mendapat siksa dari Allah dengan hujan batu panas dari langit. MasyaAllah…sungguh dashyat hukuman yang Allah beri kepada kaum itu maka wajarlah dijadikan iktibar. Ok admin nak ulas sikit pasal LGBT ini…perkara yang dilarang oleh Allah mestilah ada sebab musabab yang berguna. Cuba kita fikir secara logik ..lelaki dan lelaki berkahwin dan perempuan dan perempuan berkahwin akan dapat zuriat tak?…lepas tu agak-agak boleh dapat penyakit apa?..oppsss!! fikir-fikirkan.. dan selamat beramal…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/