Masalah Saiz Zakar Kecil

masalah saiz zakar kecil
masalah saiz zakar kecil

masalah saiz zakar kecil

Ramai para suami yang mengadu tentang masalah zakar kecil. Menurut mereka sukar untuk mereka puaskan isteri kerana saiz zakar mereka yang kecil. Adakah ini benar? Adakah saiz zakar memainkan peranan untuk membuatkan isteri tidak puas ketika berasmara?

Adakah anda kecewa dengan saiz zakar kecil ?

Kebanyakkan orang akan memberikan jawapan “Ya” terhadap soalan tersebut. Ini kerana kita telah disogokkan dengan fakta bahawa saiz zakar memainkan peranan di dalam aktiviti seksual. Ditambah pula kononnya kebanyakkan wanita gemarkan zakar yang bersaiz besar berbanding saiz zakar kecil. Justeru itu wujudnya masalah zakar kecil di kalangan kaum lelaki. Perkara ini juga menjurus kepada wujud ‘niche’ di dalam produk seksual, iaitu produk untuk membesarkan saiz zakar yang kecil.

Jika dilihat dari segi sains, fizikal zakar adalah berbeza dengan anggota tubuh badan yang lain. Walaupun zakar terdiri sepenuhnya daripada otot-otot, otot-otot pada zakar adalah berbeza dengan otot-otot yang lain pada tubuh anda. Jika otot-otot pada tubuh boleh dilatih, seperti otot biceps, triceps dan otot-otot perut, otot-otot zakar tidak boleh dilatih dan tidak akan membesar. Walaupun produk seperti pam zakar dilihat dapat membesarkan saiz zakar, kesan ini adalah sementara sahaja kerana efek vakum yang diwujudkan oleh produk tersebut. Malah produk tersohor seperti Viagra juga tidak memberi jaminan dapat membesarkan saiz zakar.

Viagra hanya berfungsi untuk menambah dan melancarkan perjalanan darah ke zakar, sekaligus membuatkan zakar tegang. Oleh itu pengambilan Viagra yang berlebihan dan tidak mengikut dos yang disyorkan boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti zakar terus tegang walaupun selepas klimaks.

Oleh itu sebenarnya tidak wujud masalah zakar kecil!

Hantar mesej romantik kepada si dia

Teruskan pula dengan menggoda beliau semasa bekerja. Hantar mesej romantik, atau jika isteri anda seorang yang bersikap terbuka, selang-selikan dengan unsur-unsur lucah untuk merangsang emosi beliau. Bina momentum yang akan membuatkan beliau pula yang tidak sabar-sabar untuk menunggu tibanya malam hari.

Apabila pulang dari kerja, singgah ke kedai bunga dan belikan sekuntum mawar merah untuk isteri anda. Sediakan nota romantis bersama kuntuman bunga tersebut. Tetapi jangan terus berikan bunga tersebut kepada beliau. Mungkin anda boleh letak di meja solek beliau, atau di dapur, atau di kamar mandi. Dan apabila tiba waktunya untuk bersama, jangan gelojoh dan terus bina momentum untuk merangsang emosi beliau.

Teknik merangsang emosi isteri yang admin berikan di atas adalah antara teknik asas untuk membuatkan isteri anda puas sebelum berasmara. Jika anda faham akan konsep yang saya terangkan di atas, tidak mustahil anda dapat memuaskan isteri anda dan tidak timbul lagi masalah zakar kecil yang menghantui hidup anda selama ini.

 

Masalah Zakar Kecil

Saiz zakar kecil tidak memainkan peranan

Faraj adalah organ seksual yang elastik dan fleksibel. Dalam erti kata ini, faraj dapat mengembang dan menguncup mengikut saiz zakar yang dimasukkan ke dalam faraj. Jika zakar bersaiz besar dimasukkan ke dalam faraj, faraj akan mengembang untuk menyesuaikan dengan keadaan zakar tersebut. Begitu juga jika saiz zakar kecil yang dimasukkan, faraj akan menguncup dan mengemut untuk menerima kemasukan zakar kecil tersebut.

Sebenarnya kaum wanita adalah makhluk yang lebih dipengaruhi oleh emosi berbanding fizikal. Oleh itu mereka lebih mudah terangsang dan puas jika emosi mereka dirangsang berbanding rangsangan fizikal. Walaubagaimanapun oleh kerana mitos saiz zakar memainkan peranan utama di dalam aktiviti seksual, ramai para suami yang sukar untuk menerima kenyataan ini dan lebih mengutamakan rangsangan fizikal berbanding rangsangan emosi ketika menggomoli isteri mereka.

Oleh  itu kali ini admin ingin mengajar anda bagaimana untuk merangsang emosi isteri anda untuk membuatkan anda lupa tentang masalah zakar kecil. Rangsangan emosi sebenarnya boleh dilakukan walaupun sebelum anda memulakan aktiviti seksual dan berasmara. Rangsangan emosi yang saya maksudkan di sini ialah bagaimana untuk menggoda isteri anda sebelum berasmara.

Contohnya jika anda bercadang untuk menggomoli isteri anda pada malam ini, anda boleh mulakan rangsangan emosi iaitu menggoda isteri anda sebelum anda ke tempat kerja. Mulakan dengan memberi ‘hint’ pada beliau yang anda ingin meluangkan masa bersama beliau pada malam ini. Lebih baik lagi jika anda bersikap romantik di luar kebiasaan. Contoh apa salahnya anda menyediakan sarapan untuk beliau pada pagi hari. Beliau akan merasa dihargai dan sudah tentu jiwanya akan tersentuh. Tetapi awas jangan ‘over’ kerana mungkin beliau akan menganggap anda buang tabiat pula!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/