Masalah Seks Suami Isteri

masalah seks suami isteri

masalah seks suami isteri

Masalah seks dalam rumahtangga merupakan isu yang tiada penghujungnya jika setiap pasangan suami isteri hanya berdiam diri dan tidak mengambil inisiatif seperti mendapatkan rawatan alternatif. Umum mengetahui bahawa masalah seks ini sering dikaitkan dengan kegagalan lelaki/suami memberikan kepuasan seks maksimum kepada isteri seperti ejakulasi pramatang, zakar lembik, mati pucuk, hilang nafsu seks, libido seks rendah dan sebagainya. Akhirnya matlamat untuk mencapai kepuasan seks secara bersama tidak dapat dizahirkan dan yang paling mengecewakan hati ialah pada isteri pasangan masing-masing.

Walaubagaimanapun mungkin ada yang kurang mengetahui bahawa masalah sakit tuan atau berlakunya penurunan nafsu seks dikalangan suami ini sebenarnya juga boleh berpunca dari sikap isteri itu sendiri. Terdapat suami yang hilang sensasi atau berahi nafsu ketika dipertengahan hubungan seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan hatinya. Jadi di sini adalah penting bagi isteri supaya dapat menjaga tingkah-laku dan perangai yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi mereka yang berusia dan berpengalaman sudah tentu mereka lebih arif tentang penyebab-penyebab atau punca-puncanya kenapa lelaki atau suami boleh hilang nafsu seksnya apabila bersama isteri sedangkan zakar mereka sihat dan normal. Jika mereka diberi “peluang” untuk diuji kehebatan bersama perempuan lain sudah tentu merekalah lelaki dan suami yang perkasa sebenarnya.

Kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Hal ini berpunca dari ketidaksempurnaannya hubungan yang terjalin dalam kehidupan seharian mereka. Hidup semakin tidak tenang kerana masing-masing ingin menegakkan keegoan, isteri membebel tidak sudah-sudah dan dicampuri dengan “kebisingan” suara dari anak-anak. Jadi bila mana suami boleh ditingkatkan nafsu seksnya jika keadaan di rumah hiruk-pikuk, tidak terurus dan kurangnya kemesraan antara pasangan. Isteri perlu berfikiran terbuka dan sentiasa beringat bahawa tubuh badan mereka telah pun dijelajahi oleh suami. Suami telah pun tahu akan selok-belok keadaan tubuh badan isteri. Berlainan dengan keadaan tubuh badan perempuan yang baru dikenalinya di mana perasaan untuk mengeksplorasi itu adalah lebih berbanding dengan tubuh badan isteri yang sering diterokai.

Bertitik-tolak dari permasalahan seperti telah dinyatakan di atas adalah menjadi tanggungjawab agar isteri mengambil perhatian terhadap kekurangan yang ada supaya dapat menjamin kebahagiaan hubungan seksual. Ianya bukan terletak pada tubuh badan tetapi terhadap perubahan sikap isteri itu sendiri. Dalam Islam pun ada menganjurkan supaya wanita memiliki sifat lemah-lembut dan penyayang kepada suami melalui teknik merangsang dengan cara yang betul supaya nafsu seks suami yang hilang itu dapat dikembalikan semula.

Fakta : Mengapakah suami sekarang prestasi seksualnya agak menurun sedikit berbanding ketika mereka di awal perkahwinan? Pengalaman dari orang-orang tua kebanyakannya memberi alasan nafsu seksual semakin merosot adalah disebabkan sikap isteri yang suka mengeluh dan membebel.

Di bawah ini admin kumpulkan beberapa dapatan kajian oleh Pakar-pakar Seksologi dan Psikologi berkenaan dengan punca-punca nafsu seks suami merosot yang boleh menyumbang kepada masalah seks suami isteri :

1. PERSEKITARAN MEMBOSANKAN

  • Keinginan seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami kadang-kala terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan berkerja seharian di pejabat.
  • Sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak dipamerkan di hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh ghairahnya untuk bermesra dengan anda.
  • Cuba belajar untuk ketepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan berkata pada diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk kembali demi kebahagiaan rumahtangga anda. Jangan biarkan rasa bosan menguasai jiwa anda.

2. PERMINTAAN YANG BUKAN-BUKAN

  • Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan nafsu isteri dalam hubungan kelamin. Suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan batin buat isterinya.
  • Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks berlangsung.
  • “Abang boleh tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”. Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.
  • Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur.

3. BINCANG HAL KEWANGAN DI BILIK TIDUR

  • Setiap isteri perlu mengambil berat tentang hal ini iaitu jangan sesekali berbincang atau membawa masuk masalah kewangan seperti hutang yang belum dilangsaikan, perbelanjaan dapur yang tidak mencukupi dan masalah-masalah kewangan yang lain ke bilik tidur.
  • Hal sedemikian boleh memberi tekanan buat suami anda. Niat suami yang pada mulanya ingin berseronok dan bermanja-manja sebelum mengadakan hubungan seksual bersama anda akan terbantut kerana masalah itu tadi telah menyebabkan ghairah atau nafsu seksnya hilang sedikit demi sedikit.

4. BERSANDIWARA ATAU BERLAKON

  • Sewaktu berada di ranjang bersama suami, isteri cubalah menjadi diri sendiri. Bercakap secara jujur dan haruslah berterus-terang dengan suami. Apa yang hendak dimalukan jika sekiranya anda mahukan suami anda memuaskan nafsu mengikut cara yang anda suka. Katakan saja kepadanya. Sudah pasti suami anda akan menuruti segala kemahuan dan keinginan demi kepuasan batin secara bersama.

5. MELONTARKAN KRITIKAN

  • Sebagai isteri, elakkan diri anda dari berkata-kata yang mempunyai unsur-unsur kritikan yang mungkin boleh memberikan kesan  kepada emosi dan perasaan suami walaupun anda beranggapan ianya merupakan suatu gurauan. Sebagai contohnya anda mencela suami, kata suami pengotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rokok. Tidakkah anda terfikir dengan lemparan kata-kata ini boleh mengguriskan hati, semangat dan seterusnya boleh menjejaskan hubungan kelamin anda nanti.

6. SIKAP TERBURU-BURU

  • Melakukan hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah sangat tidak digalakkan. Oleh itu usahakanlah untuk melakukan aktivit yang lebih menyenangkan ini dalam suasana yang tenang dan relaks.

7. TERLALU BANYAK PERATURAN

  • Hubungan seks adalah aktiviti peribadi, sulit dan paling intim buat pasangan suami isteri. Ia juga merupakan waktu yang paling berharga buat pasangan untuk meluah dan merasai kenikmatan bersama. Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana intim, gelak tawa, gurau-senda dan kehangatan anda berdua. Oleh itu, jadilah diri anda sendiri dan biarkan segalanya berlalu dengan selesa.

8. RAGU-RAGU

Jangan cuba bertanya kepada suami perkara-perkara seperti kualiti cinta suami ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, seperti “Adakah abang sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan mendatangkan keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang senang. Ia juga boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.

Mana-mana suami yang bermasalah bukan disebabkan oleh sikap isteri anda bolehlah mendapatkan nasihat dari pakar. Ini mungkin disebabkan gangguan hormon ataupun penyakit-penyakit lain yang melibatkan kelancaran pengaliran darah dan juga buah pinggang serta penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan organ seksual seperti masalah pembengkakan kelenjar prostat ataupun batu karang.

masalah seks suami isteri

Pengambilan HERBA juga dapat membantu menyeimbangkan dan meningkatkan hormon lelaki yang merupakan faktor utama di dalam meningkatkan libido atau nafsu lelaki untuk melakukan hubungan intim. Untuk suami yang mengalami masalah mati pucuk bolehlah menggunakan alatan bantuan seperti PAM ZAKAR bagi memudahkan ereksi.

Men Secret Gel

Bagi suami yang malu untuk berasmara kerana sering tewas di ranjang ataupun dengan kata lain mengalami masalah cepat pancut bolehlah menggunakan MEN SECRET GEL bagi melambatkan pancutan air mani.

Semoga maklumat di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda di dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Yang paling penting ialah sikap keterbukaan suami isteri di dalam proses untuk membaikpulih hubungan intim anda. Semoga Berjaya!

bathmate original

P/S : Gel Tahan Lama terbaru di pasaran Malaysia yang paling terbaik! Men Secret Gel (MSG). Memang Superb! Selamat dan Berkesan! Tahan Lama! Bagi lelaki yang ada mengalami masalah ejakulasi pramatang anda mesti mencubanya. Alami sendiri! Admin yakin pada akhirnya nanti isteri anda sendiri yang akan meminta anda untuk menamatkan sesi hubungan badan dengan lebih awal! KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/