Mengigau

Mengigau
Mengigau

Mengigau

Mimpi dalam tidur atau mengigau adalah sesuatu fenomena yang biasa dialami semua orang ketika tidur. Ia menjadi bahan hiburan dan mainan dalam tidur. Namun apabila sesorang berjalan dalam tidur (sleepwalking) ia sudah menjadi suatu simpton penyakit.

Somnambulism adalah istilah kepada gejala mengigau. Ia boleh dialami pada semua peringkat umur, tetapi kebiasaannya ia terjadi pada usia muda. Faktor terbesar yang menyumbang kepada gejala mengigau ini adalah disebab bebanan yang dialami dalam otak manusia.

Tanda- tanda yang biasa dialami manusia yang mengalami gejala mengigau adalah dia akan berjalan dalam keadaan tidur dengan melakukan kerja-kerja rutin dan kebiasaan yang dia lakukan semasa berjaga. Sebagai contoh membuka pintu, hidup matikan suis lampu, mandi, dan sebagainya, dan yang paling bahaya ada yang memandu.

Namun setiap perlakuannya tidak akan disedari ketika perlaku sedar dari tidur.

Penyebab Mengigau

Sebanyak 15% kanak-kanak sihat pernah mengalami mengigau atau tidur berjalan. dan hanya segelintir orang dewasa saja yang mengalaminya. Beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala tersebut

  • Kelelahan
  • Stress
  • Gelisah
  • Sakit

Dan adakalanya ia ada hubung kait dengan perubatan atau kesihatan mental.

  • Degupan jantung tak normal
  • Gangguan pernafasan
  • Trauma
  • Pengambilan Alkohol atau ubatan tertentu seperti antibiotic, antihistamin, sadative dan pil tidur.

Tetapi sesetengahnya simpton ini diturunkan dari ibu bapa atau saudara kandung. Dan bagi ibu yang mengandung mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mengalaminya.

Bahaya

Namun tidak perlu risau kerana gejala sleepwalking ini tidak la membahayakan si penghidap. Cuma dikhuatiri rutin yang dilakukan itu yang mampu mencederakan diri sendiri mahupun orang sekeliling.

Pencegahan

Dinasihatkan bagi yang menghidapi gejala mengigau digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan rapi dari doktor, Untuk dapat mengatahui punca sebenar gejala tersebut berlaku. Dan dengan mengatahui punca penghidap boleh melatih diri untuk tidak lagi berjalan dalam tidur mereka. Sebelum tidur pastikan ambil air wudhuk dan basuh kaki untuk mengelakkan berlakunya masalah mengigau ketika sedang tidur. Jangan abaikan soal kebersihan diri walaupun ketika hendak masuk tidur dan dengan mandi sebelum tidur adalah cara yang paling terbaik untuk mencegah masalah mengigau ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/