Menziarahi Kubur

Menziarahi Kubur
Menziarahi Kubur

Menziarahi Kubur

Nabi Muhammad SAW tidak pernah menetapkan kewajipan menziarahi kubur hanya pada hari raya atau selainnya. Dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyah bab 16 pada Menziarahi Kubur dan Bacaan Al-Quran di perkuburan (5/350) dinyatakan:

” Afdhal terbaik hari-hari menziarahi kubur adalah 4 hari iaitu hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Ziarah pada hari Jumaat selepas Solat adalah baik dan hari Sabtu sehingga terbit matahari dan Khamis pada permulaan siang dan dikatakan pada akhir siang dan begitu juga pada waktu malam yang diberkati terutama pada malam yang mulia dan begitu juga pada zaman atau waktu yang berkat seperti 10 Zul Hijjah dan pada HARI RAYA PUASA DAN HARI RAYA KORBAN dan hari ‘Asyura serta setiap musim “.

Telah sabit kitab Sahih Muslim daripada Buraidah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shollahu ‘alaihi Wasallam bersabda (maksud):

“Aku pernah melarang kamu semua daripada menziarahi kubur maka (sekarang) ziarahlah ia “.

Dalam Sahih Muslim juga daripada hadith Nabi shollahu ‘alai Wasallam bersabda (maksud):

” Ziarahilah kubur maka sesungguhnya ia mengingatkan kematian “.

Dari segi waktu menziarahi kubur tiada pula syarak secara jelas wajib mengkhususkan satu waktu dan bukan waktu yang lain.

Saidatuna ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

“Apabila malam giliranku bersama baginda Nabi maka Rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam akan keluar pada waktu akhir malam ke perkuburan Baqi’. Riwayat Muslim dalam kitab Janaiz.

Manakala dakwaan sesetengah pihak kononnya haram menziarahi kubur pada 2 Hari Raya dengan alasan ia hari kegembiraan.

Maka dakwaan ini tidak sahih dan tak kena pada tempatnya kerana maksud dari menziarahi kubur itu adalah mengambik iktibar, berdoa dan selainnya dan ini semua tiada larangan ia dilakukan pada 2 Hari Raya.

Bahkan sabit dalam hadith Sahih Muslim dalam kitab Solat Dua Hari Raya bab Apa Yang Dibaca dalam Solat 2 Hari Raya Dengan Surah Qaaf Wal Quraan Al-Majiid. Dalam surah itu jelas terdapat ayat2 mengingati kematian.

Sekiranya ditanya; ” Boleh ke ziarah kubur pada Hari Raya?.. “

Jawapannya adalah Harus dan jangan jadikan rutin kita membid’ahkan orang sahaja. Dalilnya umum hadith Nabi SAW bersabda (maksud):

“Aku pernah melarang ziarah kubur maka (sekarang) ziarahlah kubur”. Sahih Muslim.

Maka menziarahi kubur itu digalakkan pada bila-bila dan dilakukan pada Hari Raya kerana kesempatan kita ketika itu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/