Muhammad Ali – Perginya Seorang Legenda

Muhammad Ali
Muhammad Ali

Muhammad Ali

Muhammad Ali seorang peninju profesional yang menjadi legenda sepanjang zaman telah pergi meninggalkan kita pada 3 Jun 2016 dan kembali kepada PenciptaNya pada usia 74 tahun. Pemergiannya ditangisi di seluruh dunia kerana Muhammad Ali telah memberikan banyak inspirasi kepada semua orang dengan kata-kata semangat setiap kali gagal dalam perlawanan untuk bangkit semula untuk mencapai kejayaan.

Permulaan Karier Tinju Muhammad Ali

Lahir pada 17 Januari 1974 dengan nama Cassius Marcellus Clay, Jr. sebagai peninju profesional Amerika pada awal karier tinju nya Muhammad Ali dikenali sebagai sumber inspirasi, penuh dengan berbagai kontroversi di dalam dan juga luar gelanggang tinju. Muhammad Ali (yang dikenali sebagai nama Clay pada ketika itu) mula berlatih bertinju pada umur yang sangat muda iaitu 12 tahun dan dengan semangat yang tidak pernah luntur dan disiplin yang tinggi ketika berlatih beliau berjaya mencipta kejutan dengan menjadi juara World Heavyweight Championship pada umur 22 tahun merampas kejuaraan dari penyandangnya Sonny Liston pada tahun 1964 yang langsung tidak diduga oleh semua peminat tinju di seluruh dunia.

Kontroversi, Kelantangan Dan Dakwaan Ke Atas Muhammad Ali

Pada tahun 1967, selepas 3 tahun memenangi dan menyandang gelaran peninju dalam kategori Heavyweight Muhammad Ali menolak untuk dikerah menjadi tentera A.S yang memetik kepercayaan agamanya dan menentang penglibatan dan campur tangan negaranya Amerika dalam Perang Vietnam. Beliau akhirnya ditangkap dan didapati bersalah atas tuduhan pengelakan draf dan dilucutkan gelaran tinju namun Muhammad Ali berjaya mendapatkan semula selepas berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Agung A.S di mana pada tahun 1971 sabitan kesnya terbalik dan didapati beliau bersalah. Disebabkan itu, Muhammad Ali tidak lagi menyertai mana-mana kejohanan tinju antarabangsa selama 4 tahun dan beliau telah kehilangan prestasi kemuncaknya sebagai seorang peninju profesional. Tindakan Muhammad Ali yang lantang membantah tindakan kerajaan A.S campur tangan dalam hal ehwal negara luar, menjadikan beliau sebagai seorang wira, ikon dan idola kepada generasi muda di seluruh dunia.

Memeluk Agama Islam

Beliau mula menyertai Negara Islam dan menukar nama asalnya Cassius Marcellus Clay, Jr. kepada Muhammad Ali. Dan secara rasminya memeluk agama Islam Sunni pada tahun 1975 dan kemudiannya mendalami ajaran Islam dengan mempelajari ilmu Tasawuf (Sufi) pada tahun 2005. Dengan pengisytiharan beliau memeluk agama Islam telah mengejutkan banyak pihak dan ramai yang mengikut jejak langkah Muhammad Ali untuk mempelajari dan memeluk agama Islam yang kebanyakannya di kalangan orang kulit hitam.

Di Puncak Kejayaan Karier Tinju

Dalam sejarah World Heavyweight Champion hanya Muhammad Ali seorang sahaja yang berjaya memenangi sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1964, 1974 dan 1978. Antara bulan 25 Februari 1964 dan 19 September 1964, Muhammad Ali mendominasi kejuaraan Heavyweight Boxing Champion. Mendapat gelaran ” The Greatest ” daripada peminat sukan tinju dan pesaingnya, beliau terlibat dengan beberapa perlawanan tinju bersejarah. Yang paling diingati sepanjang zaman adalah pertarungan pertama menentang Sonny Liston, tiga pertarungan dengan rival Joe Frazier dan pertarungan Rumble In The Jungle dengan George Freeman di mana beliau meraih semula gelaran yang telah dilucutkan tujuh tahun lebih awal.

13327460_1009715262447979_7423174527329138478_n

Dihormati, Disegani Oleh Peminat Dan Pesaing Dalam Sukan Tinju

Pada suatu masa kebanyakan peninju profesional hanya membiarkan dan melantik pengurus mereka sebagai jurucakap pada press conference tetapi Muhammad Ali terkenal dengan keberanian dan kelantangannya bercakap pada sidang media dengan cara menarik perhatian dan provokatif di mana karakter ini tiada pada mana-mana peninju profesional pada ketika itu. Sikap beliau yang suka berterus terang dan tidak hipokrit menjadikan diri beliau idola kepada peminat sukan tinju di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Persaraan

Muhammad Ali mengumumkan persaraannya dari sukan tinju secara rasminya pada tahun 1981.

Begitulah perjalanan hidup seorang legenda pada masa hidupnya keberanian dan kelantangan suaranya bukan hanya pada kata-kata dan juga di dalam gelanggang tinju tetapi melalui tindakannya yang menjadikan dirinya sebagai wira dan legenda di sepanjang zaman.

Al Fatihah…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/