Obesiti

Obesiti
Obesiti

Obesiti

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahu pun umur seseorang.

Antara-antara karakteristik masalah obesiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan (BMI).

Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

Bawah 18.5 kurang berat

• Antara 18.5 – 24.9 berat yang sihat

• 25 hingga 29 agak lebih berat

• 30 dan keatas gemuk / obes

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun

• mengandung atau menyusukan anak

• seorang ahli sukan yang aktif

Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia. Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain.

Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka yang mengalami obesiti ialah penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi, diabetes (kencing manis) dan lain-lain lagi penyakit yang merbahaya. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang mengalami masalah ini.

Seseorang itu lebih berkiblatkan nafsu semasa makan merupakan antara punca-punca keadaan sedemikian berlaku. Evolusi demi evolusi seseorang daripada individu yang normal kepada individu yang mengalami masalah obesiti dapat digambarkan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/