Pencinta Bola Sepak Soul And Passion

Kedah FA

Kedah FA

Kebelakangan ini sukan bola sepak tempatan kembali meriah dengan kehadiran pencinta bola sepak dan penyokong yang membanjiri stadium bagi menyokong pasukan kesayangan masing-masing. Para pencinta bola sepak yang mempunyai jiwa dan semangat (soul & passion) di dalam dirinya sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada sukan nombor satu negara ini. Bagi diri admin sendiri, walaupun membesar di ibu kota Kuala Lumpur namun sebagai salah seorang pencinta bola sepak yang meminati sukan ini admin tidak pernah melupakan pasukan kesayangan admin sendiri iaitu Kedah Darul Aman.

Apakah faktor utama yang menyebabkan penyokong atau pencinta bola sepak yang fanatik ini kembali meminati dan memeriahkan semula kempen Liga Super, Piala FA dan tidak ketinggalan juga dengan perlawanan AFC yang diwakili oleh pasukan Selangor dan JDT. Adakah kerana ianya telah diswastakan? Adakah kerana kehadiran Ultras yang sentiasa menyanyi memberi sokongan kepada pasukan mereka tanpa henti walaupun pasukan kesayangan mereka itu kalah? Dan adakah kerana kehadiran seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami sukan bola sepak itu sendiri dengan meletakkan diri baginda sebagai seorang pencinta bola sepak yang mempunyai soul & passion. Tak lain tak bukan apa yang admin maksudkan ialah TMJ itu sendiri.

TMJ - Bapa Transformasi Bola Sepak Johor

TMJ – Bapa Transformasi Bola Sepak Johor

Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail seorang anak raja yang mempunyai visi yang cukup besar dan berpandangan jauh di dalam melakukan transformasi sekaligus merubah lanskap bola sepak negara. Insan ini amat admin kagumi biarpun admin seorang penyokong Kedah yang boleh dikatakan tegar juga, tetapi secara jujur dan positifnya admin amat menyanjungi insan yang berpandangan jauh ini. Biarpun banyak kontroversi yang terpalit melanda JDT dan biarpun dibenci oleh ramai pencinta bola sepak yang bergelar HATERS namun dalam tempoh 3 tahun sahaja memegang tampuk pimpinan PBNJ (sekarang pemilik), baginda telah membawa JDT dan bola sepak Johor jauh maju ke depan meninggalkan semua pasukan di dalam Malaysia dari segi pembangunan prasarana dan kemudahan fasiliti-fasiliti bola sepak moden untuk kemudahan pemain dan pelatih-pelatih yang mencari tempat bagi mengejar cita-cita menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional.

Bukan tujuan admin ingin mengagung-agungkan atau memuji secara keterlaluan tetapi ini adalah hakikat dan FAKTA yang harus diterima oleh semua peminat, penyokong dan pencinta bola sepak tanah air sendiri. Sedarlah wahai penyokong semua apa yang TMJ lakukan selama 3 tahun ini bukanlah untuk berbangga dan mendabik dada tetapi demi membuka mata FAM dan orang-orang politik yang mempunyai kepentingan diri mereka sendiri di dalam tampuk pimpinan badan induk bola sepak negara. Benar dengan duit kita boleh buat macam-macam tetapi tanpa adanya seorang mastermind yang mengawal dan mempunyai visi serta berpandangan jauh duit itu ibarat tiada nilainya kerana ianya dilakukan oleh orang yang tiada soul & passion di dalam dirinya sebagai seorang pencinta bola sepak.

Sebagai contoh kelab bola sepak JDT boleh dijadikan sebagai ikutan as a PIONEER oleh kelab atau pasukan lain di Malaysia untuk melakukan transformasi apabila penswastaan 100% dilakukan. FAM sebagai badan induk harus membantu kelab-kelab atau pasukan yang ingin melakukan transformasi. Cari jalan bukannya alasan kerana peminat dan penyokong bola sepak Harimau Malaysia semakin muak dan bosan dengan barisan kepimpinan Exco FAM yang hanya tahu ambil sikap berdiam diri daripada bersikap TELUS untuk tampil berhadapan dengan wakil penyokong yang mahukan penjelasan dan perubahan. TMJ itu sendiri sebagai pemilik kelab sanggup meluangkan masa baginda sebulan sekali untuk sesi bertemu peminat dan memberi peluang kepada penyokong mengutarakan apa sahaja soalan mengenai perkembangan terkini kelab kesayangan mereka. Pendekatan sebegini harus dijadikan contoh oleh FAM dan presiden persatuan bola sepak yang lain di dalam negara untuk mengadakan sesi bertemu penyokong mereka dan dengarlah isi hati dan ketidakpuasan hati suara penyokong secara terus.

Presiden FAM

Berbalik kepada tajuk utama apa yang admin cuba sampaikan di sini adalah untuk berjaya duit bukanlah segala-galanya tanpa wawasan dan matlamat yang betul usaha yang dilakukan hanyalah sia-sia belaka. Sebagai peminat, penyokong dan pencinta bola sepak yang sejati kita janganlah lagi melayan provokasi murahan dari sesetengah page di laman sosial yang menjadi BATU API menyemai API KEBENCIAN dengan memainkan sentimen kenegerian dan membesarkan isu-isu yang remeh temeh seperti isu anak jati dan isu merembat pemain yang sebenarnya itu adalah keinginan pemain itu sendiri yang ingin datang bermain dengan kelab JDT kerana mendapat tawaran kontrak dan gaji yang cukup lumayan. Mereka ini (admin yang tidak bertanggungjawab) sanggup menabur fitnah dan membuat apa sahaja tuduhan demi mendapat banyak LIKE dan SHARE supaya post mereka menjadi viral. Jadilah seorang penyokong yang mempunyai pemikiran mentaliti kelas pertama. Usah dilayan mereka yang cuba melaga-lagakan penyokong kerana sukan itu adalah perpaduan yang mengutamakan semangat PERSAUDARAAN sesama penyokong itu sendiri.

P/S : Jangan Kecam ADMIN, ini adalah pendapat peribadi ADMIN dan penulisan artikel ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu ingin melihat para PENCINTA BOLA SEPAK di Malaysia bersatu dan memupuk semangat PERSAUDARAAN demi memartabatkan maruah bola sepak negara.

#BiarJasaJadiKenangan

#PulunKedahPulun

#SukanUntukPerpaduan

#MajulahBolaSepakUntukNegara

#LuaskanKuasamuJohor

Kredit Gambar  Dan Video : Kedah FA & JOHOR Southern Tigers

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/